ben-white-e92L8PwcHD4-unsplash
ben-white-e92L8PwcHD4-unsplash

Tiga langkah mudah berhadapan kritikan, guru-guru boleh jadikan ini sebagai panduan

Roshlawaty Md Raieh
25 Nov 2021 02:25pm
A
A
A

Seorang guru pasti tidak akan terkecuali menjadi mangsa kritikan apabila timbul isu-isu tertentu dalam dunia pendidikan.

Dikritik dan dituduh guru hanya makan gaji buta sepanjang tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini dan banyak lagi kritikan negatif cukup membuatkan emosi dan mental warga pendidik koyak.

Penolong Kanan, Pusat Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan, Cikgu Razali Saaran berkata, berhadapan dengan kritikan bukanlah satu perkara yang mudah.

“Kerana itu, sering saya ingatkan pada semua terutamanya cikgu-cikgu agar mempersiapkan diri dengan sedikit ilmu saat berhadapan dengan pelbagai kritikan di luar sana,” katanya kepada GPSBestari.

Cikgu Razali berkata, tiga tip mudah yang akan beliau kongsikan ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

Baca juga Pentaksiran Setara Standard kini sedang berjalan, ini info penting yang patut mak ayah tahu!

Baca juga Pelajar Malaysia Juara Adobe Certified Associates World Championship 2021

“Moga ada sedikit manfaat buat semua orang,” ujarnya.

1) Terima dahulu kritikan dengan lapang dada

Pujuk hati supaya bertenang. Pesan pada diri, marah tidak menyelesaikan masalah dan boleh menjatuhkan nilai diri di mata orang lain.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

2) Nilai kritikan yang diterima dan tentukan tindakan seterusnya

Kita perlu menilai sama ada kritikan itu benar atau sebaliknya. Jika benar tidaklah salah kita menerimanya dengan lapang dada dan bersedia untuk membetulkan apa yang sepatutnya. Sekiranya tidak benar, kita boleh memilih untuk menjawab atau berdiam diri.

Jika isunya besar, mungkin menjawab atau perjelasan itu wajar supaya persepsi orang dapat diperbetulkan. Kalau isunya kecil sahaja, berdiam diri itu mungkin pilihan yang lebih baik. Namun begitu, kalian lebih tahu mana yang lebih baik.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

3) Jangan terus-terusan melayan perasaan

Kritikan memang memedihkan. Sama ada benar atau tidak, ia tetap akan mengganggu hati. Cuma, apabila kita terus melayan perasaan disebabkan kritikan, kita akan menderita.

Fokus kepada aktiviti harian dan tugasan yang perlu diselesaikan. Memikirkan tentang kritikan, hanya mengganggu tumpuan kita. Namun begitu, jangan abaikan terus kritikan.

Ada manfaat disebaliknya. Ia boleh membantu kita meningkatkan mutu kerja atau memperbaiki kelemahan yang ada. Bahkan, kritikan juga mampu menjadi pendorong kepada kita untuk bekerja dengan lebih baik dan membuktikan kepada pengkritik bahawa kata-kata mereka itu adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan kita sebenarnya bukan seperti yang mereka sangka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan