Certiport-2021-ACAWC-Top-Three
Certiport-2021-ACAWC-Top-Three

Pelajar Malaysia Juara Adobe Certified Associates World Championship 2021

Adlan Farhan Azwan
25 Nov 2021 12:03pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar dari Malaysia telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Adobe Certified Associates (ACA) World Championship 2021.

Dalam edisi yang ke-8 ini, pertandingan itu disertai lebih 65,000 peserta dari 65 negara untuk membuktikan kemahiran komunikasi digital mereka menggunakan Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign.

Danny Tse Wei Chun dari Universiti Tunku Abdul Rahman berjaya merangkul kejuaraan utama dan rakan senegara, Teo Sze Ting di tempat ke lima.

Wei Chun telah membawa pulang wang tunai bernilai USD7,000 mengalahkan 51 finalis yang lain di pusingan akhir pertandingan global itu dari 16-18 November 2021.

Berikut merupakan senarai lima teratas bagi pemenang Adobe Certified Associate World Champions 2021 :

  • Tempat pertama, Danny Tse Wei Chun, Malaysia
  • Tempat kedua, Gustavo Souza, Brazil
  • Tempat ketiga, Gina Anjarizky Amalia, Indonesia
  • Tempat keempat Anh Duong Viet, Vietnam
  • Tempat kelima, Sze Ting Teo, Malaysia

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Para pemenang Adobe Certified World Championship 2021 telah diumumkan oleh Certiport, pengeluar peperiksaan pensijilan IT terkemuka berasaskan prestasi yang memperkasakan peluang akademik dan kerjaya untuk pelajar.

BACA JUGA: 10 tip mudah untuk cipta animasi dan aplikasi animasi

BACA JUGA: ROBOCON dan ROBOSAS capai kemenangan dalam setiap pertandingan. Apa rahsia mereka? 

Kesemua finalis mempamerkan kemahiran mereka menggunakan perisian Adobe Creative Cloud yang terkemuka dalam industri kreatif untuk mereka bentuk tiga aset pemasaran dalam enam jam untuk Limbitless Solutions yang merupakan klien bagi pertandingan itu. Limbitless Solutions didedikasikan untuk memperkasakan individu melalui bionik yang diperibadikan, kreatif dan ekspresif.

Antara hasil karya pemenang tiga teratas

Panel juri termasuk Limbitless Solutions dan pakar industri reka bentuk memeriksa projek akhir dan menentukan pemenang berdasarkan daya tarikan visual, keupayaan mereka untuk memenuhi keperluan klien dan estetika jenama, serta penggunaan profesional aplikasi Adobe Creative Cloud mereka.

Naib Presiden dan Pengurus Besar - IT, Pearson VUE, Ray Murray berkata kreativiti adalah salah satu kemahiran yang paling diperlukan oleh majikan. Persaingan antara pelajar ini telah menunjukkan tahap bakat yang mengagumkan dalam Kejohanan Adobe.

"Melihat apa yang dapat dihasilkan oleh finalis ini dalam masa enam jam sahaja, mereka sememangnya mempunyai pemahaman yang mendalam tentang konsep reka bentuk digital dan boleh menggunakan kemahiran Adobe mereka dalam dunia sebenar,” katanya.

Sumber: Cision PR Newswire

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok