Tugas guru tidak halang Cikgu Ahmad jadi penulis, berkat kesungguhan, banyak karya diterbitkan
Tugas guru tidak halang Cikgu Ahmad jadi penulis, berkat kesungguhan, banyak karya diterbitkan

Tugas guru tidak halang Cikgu Ahmad jadi penulis, berkat kesungguhan, banyak karya diterbitkan

Rasyidah Zulkifi
02 Aug 2022 08:59pm
A
A
A

Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis jika sudah mempunyai pekerjaan tetap. Lebih-lebih lagi sebagai guru yang memerlukan tumpuan penuh.

Namun, perkara itu tidak mustahil untuk dilakukan jika mempunyai kesungguhan dan minat yang mendalam seperti Cikgu Ahmad Safarman Dollah, 43.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kenering, Gerik, Perak, ini berjaya menerbitkan dua buah novel terkini bertajuk Tikar Mengkuang Nenek dan Empangan Kuala Kenering keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Selain itu, guru ini juga menghasilkan novel lain berkisarkan dunia guru dan murid iaitu Nasi Lemak Ikan Pekasam, Sesudah Hujan Teduh dan Cikgu Musim Covid-19.

Menurutnya, bidang penulisan sama sekali tidak mengganggu tugasnya sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan di sekolah berkenaan.

“Saya membahagikan masa antara kerjaya dan juga hobi. Di tempat kerja saya akan fokus 100 peratus kepada kerja dan cuba menyempurnakan tugasan yang diberikan pentadbir. Namun, ada kala saya menulis di sekolah apabila tidak mempunyai kelas atau perkara lain yang hendak dilakukan.

“Saya akan mengarang dan melengkapkan penulisan untuk mengejar ‘deadline’ seperti yang telah ditetapkan oleh penerbit,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, apa yang dilakukan di bilik guru sesekali tidak mengganggu tugas harian.

“Saya akan berusaha untuk tidak membawa balik kerja dan menyambung di rumah. Seboleh-bolehnya saya akan menyiapkan semua hal sekolah hanya di sekolah sahaja.

“Di rumah, selain fokus kepada keluarga saya juga akan melakukan kerja-kerja penulisan dengan mencari masa yang sesuai,” ujarnya yang tidak mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

Tambahnya, sekiranya anak-anak sudah tidur, Cikgu Ahmad akan mengambil peluang untuk menulis.

Cikgu Ahmad bersama sebahagian karya yang berjaya diterbitkan oleh DBP.

“Pada waktu malam, jika belum lagi mengantuk saya akan terus menulis hingga larut malam. Selepas penat menulis, barulah saya akan tidur.

“Cuma setiap hujung minggu, saya akan tetapkan jadual pada malam hari untuk saya fokus menulis sehingga menjelang waktu subuh.

“Kemudian, waktu pagi saya akan mula mengarang sehingga terhenti apabila rasa terganggu oleh anak-anak,” tuturnya yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.

Cikgu Ahmad merupakan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang memperoleh Sarjana Muda Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Kemudian menyambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dalam pengkhususan Pengajian Melayu Di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Seterusnya ditempatkan sebagai guru di Sekolah Jenis Kebangsaaan (SJKC) Ayer Kala Lenggong, Perak sebelum bertukar sekolah di SK Kenering sehingga kini.

Cikgu Ahmad sangat aktif di Hulu Perak dengan menjadi hakim dalam berbagai-bagai kategori pertandingan antaranya bahas, bercerita, pidato, pantun, cerpen, sajak, teater solo dan sebagainya.

Artikel berkaitan

Kerana minat melukis, Ajis sanggup selam skuba hingga berjaya hasilkan 50 karya di dasar laut. Terbaik!

Bengkel Asas Penulisan Berita beri manfaat kepada pelajar

PU Riz tabik peranan guru, akui tugas mereka tidak mudah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan