WhatsApp Image 2022-03-02 at 5.47.22 PM
WhatsApp Image 2022-03-02 at 5.47.22 PM

(VIDEO) 31 tahun berkhidmat sebagai guru di Sabah, detik perpisahan dikongsi murid undang kesedihan warganet

Adlan Farhan Azwan
02 Mar 2022 05:48pm
A
A
A

Perpisahan adalah perkara yang sukar buat semua orang. Itu yang terjadi kepada salah seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau, Sabah.

Tular di laman TikTok apabila video yang dimuat naik oleh @afiqjuda mendapat perhatian warganet yang turut sedih dengan momen yang dikongsikan itu.

Di dalam video tersebut, pemilik video merakam detik-detik perpisahan di SMK Tawau, Sabah, apabila guru di sekolah itu, Cikgu Baljeet Singh yang telah berkhidmat di situ lebih tiga dekad.

Baca juga

(VIDEO) Tidak putus asa! Banjir bukan alasan, pelajar tetap bersemangat hadapi SPM 2021

(VIDEO) Sekolah runtuh akibat gempa bumi, murid dan guru sempat selamatkan diri

Video yang berdurasi 36 saat itu juga menunjukkan Cikgu Baljeet sempat memberi kata-kata akhir sambil menahan tangisan kepada calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 yang bermula hari ini.

[embed]https://www.tiktok.com/@rasyaddddiman/video/7069277344594218267?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7063350216812709378[/embed]

Difahamkan beliau telah bertugas selama 31 tahun di sekolah itu dan akhirnya, pulang semula ke Ipoh, Perak iaitu kampung asalnya.

Menurut pemilik video, Cikgu Baljeet yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Sastera, mendidik anak murid dengan sungguh baik dan ramai anak muridnya yang sudah berjaya.

“Walaupun beliau garang, tetapi semua tahu beliau sungguh baik dan ia membuatkan ramai orang sayang terhadapnya,” katanya menerusi ruang komen di laman TikTok.

Apabila ditanyakan mengapa kisah guru ini tular, dia berkata kerana bukan senang untuk jumpa guru dari Semenanjung yang sanggup tinggal di Sabah dengan sekolah yang sama selama 31 tahun.

Dalam pada itu, video yang telah mendapat lebih 1.1 juta jumlah tontonan dan lebih 200,000 tanda suka itu juga mendapat reaksi yang sama daripada warga maya dan turut berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

@i.syadiraa: Kalau menyanyi lagu semasa cikgu sekolah yang bersara, mesti akan ramai yang mengalirkan air mata.

@doranakalxamhaih: Rindu SMK Tawau walaupun setahun sahaja bersekolah di sana dan saya pernah diajar cikgu ini. Walaupun beliau garang, ramai yang sayang pada dia.

@sitirashid5704: Cikgu saya juga bersara pada hari Jumaat lepas dan sudah 33 tahun mengajar di sekolah dan anak dia juga sudah menjadi cikgu di sekolah kami.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan