HomeKomuniti(VIDEO) Gelagat pelajar UMT hadapi musibah banjir cuit hati warganet

(VIDEO) Gelagat pelajar UMT hadapi musibah banjir cuit hati warganet

Kejadian banjir yang berlaku di beberapa negeri Pantai Timur baru-baru ini telah menyebabkan ramai yang kehilangan harta benda dan terpaksa meninggalkan rumah untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atas tujuan keselamatan.

Sudah semestinya ramai yang akan terkesan dengan kejadian yang berlaku setiap hujung tahun ini lebih-lebih lagi sekiranya harta benda hanyut dibawa arus deras banjir.

Namun, lain pula kisahnya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) apabila segelintir pelajar mengambil keputusan untuk menghiburkan diri.

Berdasarkan video berdurasi hampir 20 saat yang dimuat naik oleh @nies.allen di laman TikToknya, seorang pelajar dilihat sedang melaporkan situasi banjir di kawasan kampus mereka seolah-olah sebagai seorang wartawan di lapangan.

@nies.allen

keadaan di umt terkini ya, stay safe semua #umtuniversity #terengganu #banjir2022

♬ original sound – zoro’s wife – zoro’s wife

Apa yang menarik mengenai video tersebut, mereka masih mampu mengekalkan senyuman meskipun banjir bukanlah sesuatu kejadian yang sinonim dengan keseronokan.

Visual tersebut turut memaparkan seorang pelajar yang sedang berenang di kawasan yang ditenggelami air sehingga paras lutut.

Video tersebut telah menarik perhatian para pengguna TikTok dengan meraih lebih 220,000 jumlah tontonan dan hampir 24,000 tanda suka sejak dimuat naik pada Isnin lalu.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengguna yang menonton video tersebut turut terhibur dengan gelagat sebilangan pelajar itu.

Artikel berkaitan

Banjir di Kelantan: 131 pelajar UMK luar kampus dipindahkan

(VIDEO) Tidak putus asa! Banjir bukan alasan, pelajar tetap bersemangat hadapi SPM 2021

(VIDEO) Murid SK Luagan hulur tangan dan salam ‘pak guard’, undang sebak ramai


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok