WhatsApp Image 2022-02-21 at 5.33.31 PM
WhatsApp Image 2022-02-21 at 5.33.31 PM

(VIDEO) Guru bertindak membakar telefon, undang kemarahan warganet

Adlan Farhan Azwan
21 Feb 2022 05:34pm
A
A
A

Tular di laman media sosial apabila video guru bertindak membakar telefon milik pelajar sekali gus mengundang kemarahan warga maya.

Video tersebut yang dimuat naik oleh @tungang7 di laman TikTok telah meraih lebih 3.8 juta tontonan dengan hampir 200,000 jumlah tanda suka.

Menurut akaun Instagram @terangmedia, guru di dalam video itu mengambil tindakan berkenaan berikutan larangan membawa telefon yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Baca juga

(VIDEO) Myvi nyaris langgar murid sekolah, warganet desak pihak berkuasa ambil tindakan

(VIDEO) Gagal patuhi peraturan, tindakan guru ini dianggap keterlaluan

[embed]https://www.tiktok.com/@tungang7/video/7066623629882051867?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7063350216812709378[/embed]

Dalam video yang tular itu, kelihatan beberapa guru berdiri sambil dikelilingi pelajar perempuan sekolah berasrama tersebut.

Seterusnya, guru melemparkan satu persatu telefon ke dalam tong besi yang apinya sedang marak. Guru itu juga dilihat telah membakar sebanyak enam telefon milik pelajarnya.

Kejadian yang berlaku di Indonesia itu telah mendapat perhatian pengguna media sosial yang kebanyakannya meluahkan kemarahan terhadap tindakan guru tersebut.

Ramai pengguna di laman TikTok turut memberikan pandangan dan komen berkaitan kejadian ini. Antaranya ialah:

@teka_jela: Rampas boleh rampas, tapi jangan sampai merosakkan harta benda orang, hak orang. Melampau!

@__mawarbiru: Kalau dia bukan keluarga senang, ayahnya berusaha cari duit kau senang senang buang. Mendidik pun ada cara.

@@guinevere_kluyut: Sangat membazir, lebih baik diberikan kepada saya yang memerlukan ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sebelum ini, satu video guru membakar kasut sekolah murid kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan turut hangat diperkatakan pengguna laman media sosial.

Reaksi yang diberikan terhadap kedua-dua kejadian ini hampir sama di mana rata-rata masyarakat berpendapat bahawa tindakan guru-guru ini agak melampau dan tidak sepatutnya berlaku.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan