(VIDEO) Pelajar jadi buruh simen sejak sekolah rendah, bantu ibu bapa cari rezeki
Dalam kesibukan memenuhi tuntutan sebagai seorang pelajar bukanlah alasan untuk mengabaikan ibu bapa.
Tambahan lagi, jika ibu bapa mencari rezeki dengan melakukan kerja berat semata-mata untuk memenuhi keperluan keluarga.
Sebagai seorang anak perlulah menghargai orang tua, setidaknya dapat memahami kepayahan mereka.
Bagaimanapun, sekiranya anak-anak dapat melakukan pekerjaan ibu bapa itu lebih baik kerana berpeluang merasai kesukaran yang orang tua mereka alami.
Baru-baru ini, tular kisah seorang pelajar sekolah menengah di Indonesia yang bukan sahaja fokus dalam pelajaran malah, turut mencari rezeki bersama ibu bapa menjadi buruh simen.
https://www.tiktok.com/@nurhalisa1__/video/7081596977254878491?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080749551493187074
Menerusi video berdurasi 36 saat itu, Nur Halisa dilihat berada di sebuah bangunan dan sedang mengangkat simen turun dari sebuah lori.
Dilihatkan gayanya, pelajar sekolah menengah itu seperti sudah terbiasa melakukan kerja-kerja berat.
Difahamkan, Nur Halisa berbuat demikian sejak di bangku sekolah rendah lagi kerana bersimpati dengan kedua ibu bapa di tempat kerja.
“Saya kesian tengok ibu ayah saya bekerja angkat simen, sebab itu saya nak tolong mereka berdua.
“Sementara masih ada masa, berbaktilah kepada ibu bapa dan bersusah senang bersama mereka.
"Jangan lupa bersyukur kerana membantu ibu bapa kamu,” katanya kepada Detik.com.
Beliau juga mahukan warganet yang melihat videonya supaya tidak mengeluh dan sentiasa bersyukur.
Baginya, untuk mendapatkan sesuatu hasil yang lumayan memerlukan proses walaupun terpaksa berdepan dengan cabaran yang berat.
Sehingga kini, video yang dimuat naik Nur Halisa itu berjaya meraih lebih 6 juta tontonan, 569 ribu tanda suka dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna TikTok.
Rata-rata mereka terharu dengan kegigihan Nur Halisa dan mendoakan agar beliau menjadi ikon yang berjaya pada masa hadapan.
@madmag7 : Masya-Allah, saya jadi bermotivasi untuk sentiasa bekerja dengan penuh rasa syukur dan ikhlas. Semoga menjadi amal soleh, ya adik.
@Tokopaedi : Semoga menjadi wanita yang berjaya suatu hari nanti dan mendapat jodoh yang terbaik di sisi ALLAH.
@peri : Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki, amin.
Artikel berkaitan
(VIDEO) Murid tumpahkan air baring atas lantai kelas, guru pujuk bangun terhibur lihat gelagat
(VIDEO) Tercari-cari pemilik suara merdu, Cikgu Shamira tak sangka ia milik pelajarnya