HomeKomuniti(VIDEO) Sanggup berhenti sekolah, kanak-kanak 10 tahun tolong ibu berniaga undang simpati...

Artikel Berkaitan

(VIDEO) Sanggup berhenti sekolah, kanak-kanak 10 tahun tolong ibu berniaga undang simpati warganet

Baru-baru ini, tular video satu video dari Indonesia di laman TikTok apabila seorang kanak-kanak sanggup berhenti sekolah untuk membantu ibunya berniaga.

Dalam video tersebut, kanak-kanak yang sedang berniaga makanan itu menjelaskan dia rela untuk tidak ke sekolah bagi membantu ibunya mencari rezeki.

@pbrwwsnpmgks

Semangat menjalani garis hidup masing2 🙏🥺. Melihat ini mana bisa mengeluh lagi, ada org lain yang hidupnya kebih keras. Repost video from instagram : @wrumbianingruum

♬ suara asli – hahaha – hahaha

Menurut kanak-kanak yang berumur 10 tahun itu, ayahnya sudah lama meninggal dunia sewaktu dia masih berada dalam kandungan ibunya.

Dia juga berkata, tiada paksaan untuknya berhenti sekolah sebaliknya memilih untuk membantu ibunya berniaga dengan ikhlas.

Kanak-kanak itu juga tidak bermain dengan kawan-kawan yang lain kerana sering diejek disebabkan sudah ketiadaan bapa.

Selain itu, dia turut dibuli dan dipaksa oleh kawan-kawan untuk memberikan duit hasil jualan kepada mereka.

Video yang dimuat naik oleh @pbrwwsnpmgks itu telah meraih lebih 26.4 juta jumlah tontonan dengan 4.5 juta jumlah tanda suka dalam masa seminggu di laman TikTok.

Rata-rata pengguna laman media sosial meluahkan simpati atas nasib yang menimpa anak kecil tersebut dan mendoakan agar dia membesar menjadi insan yang berguna seterusnya dipermudahkan segala urusan.

@z0diax3: Percayalah, apabila dia sudah dewasa, dia adalah orang yang berjaya.

@@emmelll._: Sedihnya. Kalau dekat, setiap hari aku panggil dia duduk rumah kasi keluarga dia makan.

@edarajemi94: Semoga peroleh kejayaan dunia akhirat, adik.

Artikel berkaitan

Program Kesukarelawan Pendidikan rai anak yatim, didik mahasiswa anjur program komuniti

Isu murid makan atas lantai, ini pengajaran yang boleh dipelajari

“Cikgu, sedapnya kalau dapat makan ini, dah lama saya teringin”


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Terkini