Viva PhD lulus di luar negara bekas peserta AF4 kini pensyarah menangis gembira
Viva PhD lulus di luar negara bekas peserta AF4 kini pensyarah menangis gembira

Viva PhD lulus di luar negara, bekas peserta AF4 kini pensyarah, menangis gembira

Rasyidah Zulkifi
11 Jun 2022 05:28pm
A
A
A

Bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Syamsul Hirdi Muhid, 37, yang kini merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah mencucurkan air mata apabila dimaklumkan lulus dalam pembentangan viva bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Syamsul Hirdy bersyukur selepas penilai dari University of Liverpool, England dan Queen Margaret University, Scotland memberi keputusan ‘pass with minor correction’ yang bermaksud lulus dengan sedikit pembetulan yang dibuat secara dalam talian beberapa hari lalu.

Kisahnya bermula apabila dia memulakan pengajian PhD sejak 2017 iaitu selama lima tahun dan terpaksa bertukar-tukar penyelia.

Sepanjang pengajian berlangsung, dia berdepan dengan cabaran besar iaitu terpaksa bertukar penyelia.

Dia berasa terganggu ketika merantau di luar negara kerana menghadapi masalah memindahkan barang dari Glasgow ke Liverpool.

"Saya ingat lagi menurut seorang profesor, PhD ini rezeki di mana tidak semestinya pelajar pandai akan lulus jika tidak diizinkan ALLAH.

“Saya seakan tidak percaya apabila panel penilai mengumumkan saya ‘pass’ ditambah dengan proses viva yang mengambil masa singkat iaitu 30 minit berbanding pelajar lain.

“Saya ceritakan hal ini kepada rakan seperjuangan dan mereka katakan mungkin ALLAH permudahkan sebab perjalanan saya yang berliku,” ujarnya.

Menyambung cerita, penyanyi itu mengakui tidak dilahirkan daripada keluarga senang kerana mendapat biasiswa sepanjang pengajian di luar negara dari 2014 hingga 2020 

“Bagi pengajian sarjana biasiswa saya dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPM) dan PhD dari UUM. 

“Saya kena berkhidmat dengan UUM selepas tamat pengajian dan sekarang memang sudah mengajar di UUM," jelasnya.

Syamsul Hirdy berkata, dia mengorbankan kerjaya seni dibina selepas keluar dari program AF4 bagi meneruskan perjalanan dalam bidang pendidikan.

Sumber: Harian Metro 

Artikel berkaitan

Membanggakan! Kisah ikon permotoran negara, Hafizh Syahrin dimasukkan ke dalam buku teks 

Taylor Swift kini bergelar doktor, terima ijazah kehormat dari NYU

Siti Nurhaliza duta Binary University & Colleges

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan