Menurut Ainin Saheela, anugerah yang diterima disifatkan sebagai satu penghargaan besar terhadap segala usaha, disiplin dan pengorbanan yang dilalui sepanjang bergelar pelajar tahfiz, selain menjadi pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri pada masa hadapan. Foto: Facebook Darul Quran JAKIM
Menurut Ainin Saheela, anugerah yang diterima disifatkan sebagai satu penghargaan besar terhadap segala usaha, disiplin dan pengorbanan yang dilalui sepanjang bergelar pelajar tahfiz, selain menjadi pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri pada masa hadapan. Foto: Facebook Darul Quran JAKIM

10 kali khatam al-Quran dalam 7 bulan & CGPA 3.99, pelajar tahfiz ini buktikan semua boleh!

09 Feb 2026 03:34pm

Kejayaan menyeimbangkan kecemerlangan hafazan al-Quran, prestasi akademik hampir sempurna serta penglibatan aktif dalam kepimpinan dan kokurikulum melayakkan Ainin Saheela Anuar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang (kategori pelajar perempuan) dalam Majlis Khatam Hafazan al-Quran pada Sabtu.

Pengiktirafan diraih secara tidak langsung mengangkat namanya sebagai antara pelajar contoh yang menyerlah sepanjang tempoh pengajian.

Menurut Ainin Saheela, anugerah yang diterima disifatkan sebagai satu penghargaan besar terhadap segala usaha, disiplin dan pengorbanan yang dilalui sepanjang bergelar pelajar tahfiz, selain menjadi pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri pada masa hadapan.

"Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi peringatan untuk saya terus istiqamah dan tidak selesa dengan pencapaian sedia ada," katanya yang merupakan pelajar Syukbah Qiraat dari Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Foto: Facebook Darul Quran JAKIM
Foto: Facebook Darul Quran JAKIM

Dikenali sebagai pelajar yang konsisten dan berdisiplin, Ainin Saheela menjelaskan bahawa strategi pembelajarannya tidak jauh berbeza daripada pelajar lain.

Namun, beliau menekankan kepentingan memberi fokus sepenuhnya semasa sesi pengajaran di dalam kelas, berani bertanya kepada pensyarah jika terdapat perkara yang kurang difahami serta mengelakkan amalan belajar pada saat akhir.

"Nota saya sediakan lebih awal dan minggu peperiksaan hanya digunakan untuk ulang kaji,” katanya menerusi perkongsian di hantaran Facebook Darul Quran JAKIM.

Artikel Berkaitan:

Mengakui Bahasa Inggeris antara subjek paling mencabar, beliau tidak menjadikan kelemahan tersebut sebagai penghalang.

Foto: Facebook Darul Quran JAKIM
Foto: Facebook Darul Quran JAKIM

Sebaliknya, Ainin Saheela memperbanyakkan latihan penulisan esei dan tatabahasa secara berterusan sehingga berjaya meningkatkan kefahaman dan keyakinan diri.

Kejayaan Ainin Saheela bukan sahaja cemerlang secara individu, malah menjadi inspirasi pelajar tahfiz bahawa hafazan al-Quran boleh selari dengan akademik, kepimpinan dan sahsiah.

INFO

Pencapaian Ainin Saheela

  • Merupakan lepasan Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Selangor dalam Aliran Dini Tulen, dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 8A 2B.
  • Berjaya menamatkan hafazan al-Quran dalam tempoh hanya tujuh bulan dengan jumlah 10 kali khatam.
  • Mengulang sekurang-kurangnya lapan juzuk sehari sebagai amalan murajaah.
  • Mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) semasa 3.99 manakala Purata Nilai Gred (PNG) Hafazan Syafawi dan Tahriri kekal pada tahap 4.00 secara konsisten dari Semester Satu hingga Semester Lima.
  • Aktif menyertai pelbagai program dan pertandingan hafazan.

Foto: Facebook Darul Quran JAKIM
Foto: Facebook Darul Quran JAKIM

  • Antaranya Musabaqah Hafazan Mega DIDIK dan Saringan Hafazan Wilayah Persekutuan tahun 2024 yang menyaksikan beliau layak ke peringkat negeri seterusnya muncul johan peringkat negeri sebelum mara ke peringkat kebangsaan.
  • Dinobatkan johan peringkat Wilayah Persekutuan secara berturut-turut, selain mewakili Darul Quran ke pertandingan kebangsaan.
  • Menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Institusi Pendidikan Tinggi (MTHQIPT) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Ithbat Selangor bagi 2024 dan 2025.
  • Memegang beberapa jawatan penting antaranya Timbalan Bendahari Kelab Maktabah, Bendahari Sahabat OKUMP serta terlibat aktif dalam unit akademik, media dan takhassus al-Quran.
  • Berjaya menamatkan Perujian Syahadah peringkat Darul Quran dengan baik dan turut dianugerahkan Sijil Syahadah sekali gus melengkapkan pencapaian akademik dan hafazan sepanjang tempoh pengajian.

Foto: Facebook Darul Quran JAKIM
Foto: Facebook Darul Quran JAKIM

Ringkasan AI

  • Ainin Saheela Anuar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Majlis Khatam Hafazan al-Quran kerana kecemerlangan hafazan al-Quran, prestasi akademik dan penglibatan dalam kepimpinan serta kokurikulum
  • Penghargaan ini dianggap sebagai satu penghargaan besar atas usaha, disiplin dan pengorbanan sepanjang bergelar pelajar tahfiz serta menjadi motivasi untuk terus memperbaiki diri
  • Ainin menggunakan strategi belajar yang fokus sepenuhnya dalam kelas, tidak menunda pembelajaran dan bersedia awal untuk peperiksaan
  • Beliau mengatasi cabaran dalam Bahasa Inggeris dengan memperbanyakkan latihan penulisan esei dan tatabahasa
  • Pencapaiannya termasuk tamat hafazan al-Quran dalam tujuh bulan, memperoleh CGPA 3.99 dan terlibat aktif dalam pertandingan hafazan serta memegang jawatan penting dalam variasi kelab dan badan pelajar
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp