Muhammad Ariffin (tengah) berjaya menamatkan hafazan al-Quran dalam tempoh 13 bulan dengan jumlah tujuh kali khatam. Foto: Facebook Darul Quran JAKIM
Muhammad Ariffin (tengah) berjaya menamatkan hafazan al-Quran dalam tempoh 13 bulan dengan jumlah tujuh kali khatam. Foto: Facebook Darul Quran JAKIM

Muhammad Ariffin rangkul Anugerah Pelajar Cemerlang! 7 kali khatam al-Quran, CGPA 4.00, tamat perujian Syahadah, raih 11A SPM, dahsyat prestasi dia'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
11 Feb 2026 04:40pm

Baru-baru ini, Sinar Bestari melaporkan kejayaan Ainin Saheela Anuar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang (kategori pelajar perempuan) dalam Majlis Khatam Hafazan al-Quran Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2026.

Kejayaan pelajar Syukbah Qiraat Darul Quran yang menamatkan hafazan dalam tempoh hanya tujuh bulan dengan 10 kali khatam mengejutkan ramai. Bagi mereka, bukan calang-calang pelajar mampu menjadi secemerlang ini.

Seorang lagi tokoh pelajar dari institusi tahfiz kebangsaan yang sama turut menerima Anugerah Pelajar Cemerlang (kategori pelajar lelaki) membuktikan bahawa disiplin dan istiqamah menjadi kunci kejayaan dalam bidang hafazan.

Muhammad Ariffin Ibrahim Ali yang juga pelajar Syukbah Qiraat berjaya menamatkan hafazan al-Quran dalam tempoh 13 bulan dengan jumlah tujuh kali khatam.

Lebih mengagumkan, dalam mengekalkan hafazan, Muhammad Ariffin mengamalkan murajaah (mengulang kaji) secara konsisten dengan mengulang 10 juzuk sehari dan memastikan khatam al-Quran setiap tiga hari sekali.

Foto: Facebook Darul Quran JAKIM
Foto: Facebook Darul Quran JAKIM

Bagi mengukuhkan ingatan, beliau bukan sekadar menghafal, malah berusaha memahami maksud ayat sebagai penguat hafazan.

Menurutnya, waktu awal pagi sebelum Subuh adalah saat paling efektif untuk menambah hafazan baharu, manakala waktu malam pula dimanfaatkan untuk mengulang hafazan lama.

Artikel Berkaitan:

"Pengiktirafan yang diterima sebagai dorongan besar untuk saya terus melangkah lebih jauh dalam bidang pengajian al-Quran.

"Terima kasih kepada semua termasuk ibu bapa, para pensyarah dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan, bimbingan serta dorongan moral sepanjang perjalanan pengajian.

"Insya-ALLAH, saya berhasrat untuk menyambung pengajian di Shoubra, Mesir dalam bidang Qiraat dan al-Quran. Doakan saya," katanya penuh harapan.

Foto: Facebook Darul Quran JAKIM
Foto: Facebook Darul Quran JAKIM

Kejayaan dua pelajar ini membuktikan bahawa kesungguhan, disiplin dan doa berterusan mampu melahirkan generasi al-Quran yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan, malah seimbang dalam akademik, kokurikulum dan kepimpinan.

Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus mencintai dan mendekati al-Quran.

INFO

Pencapaian Muhammad Ariffin

  • Lepasan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMISTA MAIWP) dengan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 11A (7A+ 4A) dalam aliran agama.
  • Mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.00, selain mengekalkan GPA Hafazan Syafawi dan Tahriri 4.00 secara konsisten dari Semester Satu hingga Semester Lima.
  • Berjaya menamatkan perujian Syahadah peringkat Darul Quran dengan baik dan turut dianugerahkan Sijil Syahadah.
  • Dalam bidang kokurikulum, Muhammad Ariffin aktif menyertai pelbagai musabaqah hafazan dan tilawah al-Quran di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa termasuk pertandingan kategori 10, 20 dan 30 juzuk.
  • Sudut kepimpinan, beliau turut memegang beberapa peranan penting antaranya Ketua Unit Multimedia Kelab Bahasa Darul Quran, ahli jawatankuasa dalam pelbagai program akademik dan sukan Huffaz.
  • Pengurusan masa yang terancang dan berdisiplin menjadi strategi utama beliau dalam mengimbangi tuntutan akademik, hafazan dan kokurikulum.
  • Merakamkan penghargaan kepada Guru Tasmik, Dr Sukhair Sulaiman dan Guru Tasmik Halaqah Syahadah, Ustaz Mohd Faisal Mohd Fauzi, yang banyak membimbing dan memantau proses hafazannya.

 

 

Ringkasan AI

  • Ainin Saheela Anuar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang kategori pelajar perempuan dalam Majlis Khatam Hafazan al-Quran Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat Darul Quran JAKIM 2026
  • Pelajar ini berjaya menamatkan hafazan dalam tujuh bulan dengan 10 kali khatam
  • Muhammad Ariffin Ibrahim Ali, pelajar lelaki, juga menerima Anugerah Pelajar Cemerlang dan menamatkan hafazan dalam 13 bulan dengan tujuh kali khatam
  • Muhammad Ariffin mengamalkan murajaah secara konsisten dengan mengulang 10 juzuk sehari
  • Kesungguhan, disiplin dan doa berterusan membuktikan kesanggupan melahirkan generasi al-Quran cemerlang dalam hafazan, akademik, kokurikulum dan kepimpinan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp