Yang di-Pertuan Agong bersama 11 penerima BYDPA Sesi Pengajian 2023 di Istana Negara baru-baru ini.
Yang di-Pertuan Agong bersama 11 penerima BYDPA Sesi Pengajian 2023 di Istana Negara baru-baru ini.

11 mahasiswa terima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2023

ROSHLAWATY MD RAIEH
14 Jul 2023 04:42pm
A
A
A

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2023 kepada 11 mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) di Istana Negara pada Rabu.

Kesemua mahasiswa yang bertuah itu terdiri daripada penuntut peringkat doktor falsafah (PhD) seramai enam orang manakala lima lagi di peringkat sarjana (penyelidikan).

Kumpulan penuntut yang menerima biasiswa peringkat PhD adalah Wan Nur Hanisah Wan Noor Azam Shah, 31, yang akan melanjutkan pengajian dalam Pembelajaran Mesin di Universiti College London (UCL); Muhammad Nasri Nasehir Khan, 24 (Sains Alam Sekitar, Universiti Sains Malaysia) dan Izzati Izyani Japar, 25, (Matematik dan Statistik, UCL).

No Image Caption

Diikuti Chia Yuh Cai, 28, (Genetic & Heredity, Universiti Kebangsaan Malaysia); Siti Saffa' Shaharuddin, 28, (Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan Wong Whui Dong, 25, (Nanoteknologi, Universiti Malaya).

Seterusnya, lima penerima BYDPA peringkat sarjana (penyelidikan) pula terdiri daripada A Thenesh, 25, (Undang-undang Antarabangsa, Harvard University); Nurul Juliana Syafinaz Abu Sopian, 25, (Imunolgi Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM); Nurul Najwa Asip, 25, (Teknologi Makanan, UPM); Faten Hanani Muhamad Hakimi, 26, (Sains Bumi, UCL) dan V Yashvinnie, 24, (Imunologi, King's College).

BYDPA adalah biasiswa berprestij negara yang diperkenalkan pada 2006 dan sehingga kini 18 sesi penawaran dilaksanakan merangkumi 198 penerima yang diberi penajaan untuk pengajian dalam bidang Ekonomi, Undang-Undang, Sains dan Teknologi serta Kewangan Islam.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Kami di Sinar Bestari merakamkan ucapan tahniah kepada 11 penerima BYDPA bagi tahun ini.

Diharapkan anda semua dapat menamatkan pengajian masing-masing dengan cemerlang sekali gus dapat berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara tercinta.

Kredit foto: Facebook Istana Negara

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok