Perserta yang terlibat dalam Kejohanan Golf Alumni UUM di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan.
Perserta yang terlibat dalam Kejohanan Golf Alumni UUM di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan.

120 pemain sertai kejohanan golf anjuran Pusat Alumni UUM-Kelab Golf Sultan Sallehuddin

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
23 Mar 2023 10:17am
A
A
A

Baru-baru ini, seramai 120 pemain telah menyertai Kejohanan Golf Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dianjurkan oleh Pusat Alumni UUM dengan kerjasama Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSS) UUM di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan.

Menurut Timbalan Naib Canselornya (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed, kKejohanan tersebut diadakan bagi meraikan alumni universiti tersebut dan telah menerima penyertaan Alumni UUM dari tahun 1988 sehingga sekarang.

Antara pemenang dalam kejohanan Golf Alumni UUM 2023.
Antara pemenang dalam kejohanan Golf Alumni UUM 2023.

Tambahnya, beliau gembira dengan kehadiran serta penyertaan alumni dalam kejohanan yang diadakan buat julung kalinya itu di bawah anjuran bersama Pusat Alumni dan KGSS.

“Dengan adanya aktiviti sebegini alumni UUM bukan sahaja boleh berjumpa kembali setelah sekian lama malahan juga boleh merapatkan silaturahim dalam kalangan ahli dari bumi Sintok, Kedah ini.

Antara peserta bertuah yang memenangi cabutan bertuah.
Antara peserta bertuah yang memenangi cabutan bertuah.

“Saya juga yakin penganjuran kejohanan seperti ini akan dapat diteruskan di samping menghimpunkan lebih ramai pemain golf dalam kalangan alumni UUM,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Kejohanan Golf Alumni UUM 2023.

Bersempena kejohanan itu, sebanyak RM26,500 sumbangan daripada alumni dan badan-badan korporat berjaya dikumpul dan ia digunakan bagi menjayakan kejohanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok