Seorang peserta melakukan hayunan pada Junior Golf Summer Camp 2023 di Jasin Heritage Golf Club, Jasin, Melaka hari ini.
Seorang peserta melakukan hayunan pada Junior Golf Summer Camp 2023 di Jasin Heritage Golf Club, Jasin, Melaka hari ini.

Junior Golf Summer Camp bersama atlet profesional negara

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
20 Dec 2023 09:34am

Seramai 26 anak muda menyertai Program Junior Golf Summer Camp 2023 di Jasin Heritage Golf Club, Jasin, Melaka sempena musim cuti persekolahan.

Program selama dua hari bermula 18 Disember itu, bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai dunia profesional sukan golf.

Jurulatih profesional, Bakhtiar (berbaju hijau) menunjukkan bunker shot ketika Junior Golf Summer Camp 2023 di Jasin Heritage Golf Club, Jasin, Melaka.
Jurulatih profesional, Bakhtiar (berbaju hijau) menunjukkan bunker shot ketika Junior Golf Summer Camp 2023 di Jasin Heritage Golf Club, Jasin, Melaka.



Jing Xuen (kiri) menunjukkan cara membuat 'chipping' pada Junior Golf Summer Camp 2023 di Jasin Heritage Golf Club, Jasin, Melaka.
Jing Xuen (kiri) menunjukkan cara membuat 'chipping' pada Junior Golf Summer Camp 2023 di Jasin Heritage Golf Club, Jasin, Melaka.

Seorang peserta Alisa Nasrin, 16, berkata dia didorong oleh ayahnya sejak berusia 7 tahun untuk bermain sukan golf dan telah menyertai pelbagai pertandingan hingga mewakili negeri Pahang bagi kejohanan peringkat kebangsaan.

“Saya menggemari sukan golf kerana ia santai, tidak memerlukan menggunakan banyak tenaga seperti berlari tetapi lebih menggunakan pemikiran untuk mengatur strategi.

“Sukan golf turut membuatkan diri lebih berdisplin. Saya juga berharap diberikan peluang untuk menjadi pemain golf professional satu hari nanti, ” katanya pada pada majlis penutup program itu di Jasin Heritage Golf Club, Melaka.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Kewangan, The Weststar Group, Datuk Mohd Wazeer Nawawi; Pengasas One Professional Golf Academy, Mohd Irwan A Rahman dan pemilik Jasin Heritage Golf Club, Datuk Md Zaini Mohd Ladzim.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Jebat Ahmad Mukhriz, 13, yang merangkul gelaran Best Perfomance pada Junior Golf Summer Camp 2023 mengakui memilih menyertai kem tersebut untuk meningkatkan kemahiran dan mengejar cita-cita.

“Saya ingin mempelajari lebih mendalam tentang golf dan mengejar cita-cita bergelar pemain profesional satu hari nanti.

“Saya juga dapat mempelajari pelbagai kemahiran dan teknik golf yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini,” ujarnya.

ing Xuen (kanan) memberi taklimat mengenai pukulan putting.
ing Xuen (kanan) memberi taklimat mengenai pukulan putting.

Sementara itu, Mohd Irwan yang merupakan pengarah program berkata, kerjasama antara The Weststar Group merealisasikan projek perintis tersebut demi memperkasa sukan golf di peringkat akar umbi.

“Program mengetengahkan jurulatih-jurulatih golf profesional tanah air dan penampilan istimewa pemain golf pertama negara yang memenangi emas individu wanita di Sukan SEA, Ng Jing Xuen.

“Para peserta berusia 8 hingga 16 tahun ini sangat bertuah kerana mendapat sentuhan atlet peofesional negara yang melakar sejarah, malah dinilai berdasarkan aspek teknikal, fizikal serta mental,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp