
20 subjek UKM dalam kelompok ketiga terbaik di Malaysia
Sebanyak 20 daripada 30 subjek yang ditawarkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada dalam kelompok tiga terbaik negara.
UKM dalam kenyataan memaklumkan, kecemerlangan itu dilakar menerusi penarafan QS World University Rankings by Subject 2025.
Naib Canselor university itu, Profesor Dr Abdul Halim Abdul Gafor berkata, 15 daripada 30 mata pelajaran yang ditawarkan berjaya terseranai dalam kelompok 200 terbaik dunia.
“Lebih membanggakan, subjek Theology, Divinity and Religious Studies mencatatkan peningkatan kedudukan yang sangat membanggakan iaitu berada dalam kalangan 100 terbaik dunia.
“Pencapaian ini juga mencerminkan kekuatan dan daya saing UKM dalam pelbagai disiplin ilmu,” katanya.
Subjek berkenaan antaranya ialah berkaitan sukan; Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris; Bahasa Moden; Pengajian Komunikasi dan Media; Undang-undang; Kejuruteraan - (Awam dan Struktur, Elektrik dan Elektronik, Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan); Perubatan; Pendidikan Perakaunan dan Kewangan serta Farmasi dan Farmakologi.
Selain itu, Abdul Halim berkata, UKM juga turut menunjukkan peningkatan dalam tiga Broad Area utama iaitu Arts and Humanities, Natural Sciences dan Life Sciences and Medicine.
“Penarafan antarabangsa ini membuktikan UKM berjaya mengekalkan reputasinya dari segi kualiti kepakaran akademik, program berprestasi tinggi, serta hasil usaha berterusan warga UKM dalam memastikan pendidikan tinggi yang berkualiti, inovatif, selain relevan dengan keperluan global," katanya.