Taylor’s University mengekalkan kedudukan 20 teratas dunia dalam subjek Pengurusan Hospitaliti & Rekreasi (Hospitality & Leisure Management) untuk tahun ketujuh berturut-turut sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai institusi terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara.
Taylor’s University mengekalkan kedudukan 20 teratas dunia dalam subjek Pengurusan Hospitaliti & Rekreasi (Hospitality & Leisure Management) untuk tahun ketujuh berturut-turut sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai institusi terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara.

Taylor’s University duduki tangga 20 teratas dunia subjek Pengurusan Hospitaliti & Rekreasi. Apa rahsia mereka?

13 Mar 2025 01:06pm

Taylor’s University sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam pendidikan tinggi dengan pencapaian cemerlang dalam QS World University Rankings by Subject 2025.

Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan, Taylor’s University telah mengekalkan kedudukan 20 teratas dunia dalam subjek Pengurusan Hospitaliti & Rekreasi (Hospitality & Leisure Management) untuk tahun ketujuh berturut-turut sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai institusi terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara dalam bidang ini.

Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Barry Winn berkata, pencapaian itu secara tidak langsung membuktikan komitmen Taylor’s University terhadap kecemerlangan akademik, inovasi dan kejayaan pelajar.

"Dengan tiga bidang subjek luas dan 17 subjek khusus yang diiktiraf di peringkat global, kami terus menetapkan penanda aras baharu dalam pendidikan tinggi.

"Perkongsian erat dengan industri, kerjasama penyelidikan dan pengalaman pembelajaran bertaraf dunia membolehkan pelajar menguasai kemahiran global yang diperlukan dalam dunia yang saling berhubung,” katanya.

Dalam satu pencapaian bersejarah, Taylor’s University turut meraih kedudukan 50 teratas dunia dalam Sejarah Seni (subjek khusus).

Ia menjadikan satu-satunya universiti di Malaysia yang tersenarai dalam subjek berkenaan.

Selain itu, Taylor’s terus menunjukkan kecemerlangan global dengan Seni & Reka Bentuk, Sains Data & Kecerdasan Buatan dan Pemasaran, masing-masing mengekalkan kedudukan dalam 100 terbaik dunia sekali gus memperkukuh reputasi akademik dan industri universiti ini.

Artikel Berkaitan:

Pencapaian berkenaan mengukuhkan lagi kedudukan Taylor’s University sebagai universiti swasta terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya dalam Pengurusan Hospitaliti & Rekreasi, Sains Data & Kecerdasan Buatan dan Pemasaran.

Akhir sekali, dengan pencapaian terbaharu ini, Taylor’s University terus menjadi penanda aras kecemerlangan akademik, memperkasa pendidikan dan penyelidikan di Malaysia serta rantau ini.

INFO

Subjek lain di Taylor’s University yang turut disenaraikan dalam kedudukan dunia:

1) 150 terbaik dunia

  • Senibina & Alam Bina Perakaunan & Kewangan
  • Pengajian Perniagaan & Pengurusan
  • Sains Sosial & Pengurusan (Subjek Luas)
  • Seni & Kemanusiaan (Subjek Luas)

2) 200 terbaik dunia

  • Ekonomi & Ekonometri
  • Farmasi & Farmakologi

3) 250 terbaik dunia

  • Komunikasi
  • Sains Komputer & Sistem Maklumat

4) 300 terbaik dunia

  • Pendidikan - Top private in Malaysia and Southeast Asia

5) 400 terbaik dunia

  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Sosiologi

6) 500 terbaik dunia

  • Kejuruteraan & Teknologi (Subjek Luas)
  • Perubatan

7) 600 terbaik dunia

  • Kejuruteraan Mekanikal

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp