Sumbangan Bakul Rahmah UTeM-KPT yang diagihkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi, baru-baru ini.
Sumbangan Bakul Rahmah UTeM-KPT yang diagihkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi, baru-baru ini.

215 pek makanan Bakul Rahmah UTeM-KPT diagih kepada penduduk yang memerlukan

ROSHLAWATY MD RAIEH
07 Feb 2023 06:28pm
A
A
A

Sebanyak 215 pek makanan dikenali Bakul Rahmah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diagihkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

Menurut Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin, pengagihan pek makanan itu telah diserahkan secara berpusat ke Kolej Komuniti Kota Tinggi untuk diberikan kepada mangsa banjir.

Kata Massila, mangsa-mangsa banjir tersebut terdiri daripada penduduk yang tinggal di Kampung Mawai, Kampung Gembur, Kampung Sayang dan kawasan sekitarnya.

Berkongsi mengenai Bakul Rahmah UTeM-KPT, Massila memberitahu, ia adalah hasil sumbangan pelbagai pihak seperti UTeM Holdings Sdn Bhd, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE dan Pusat Islam.

“UTeM selaku institusi kecemerlangan ilmu dan peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara sememangnya sentiasa cakna dengan mangsa-mangsa bencana. Justeru, kami menggerakkan misi bantuan ini atas dasar khidmat sosial universiti.

“Pemberian bantuan sebegini telah menjadi sebahagian budaya UTeM yang sentiasa membantu dan segera menghulurkan sumbangan kepada pihak memerlukan,” katanya ketika sesi penyerahan bantuan di Kota Tinggi.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Naib Canselor HEPA UTeM, Profesor Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif dan Timbalan Pendaftar Pejabat HEPA UTeM, Akmal Manap.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok