Peserta penanaman anak pokok bakau terdiri daripada pelajar, pengajar dan pegawai JPNJ.
Peserta penanaman anak pokok bakau terdiri daripada pelajar, pengajar dan pegawai JPNJ.

400 pokok ditanam bagi menjayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAINFIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
02 Feb 2023 02:56pm
A
A
A

Dalam kajian saintifik telah dibuktikan bagaimana pokok di hutan membawa satu nilai yang tinggi kepada manusia.

Dari sudut sains, pokok membantu menjadikan alam persekitaran itu lebih sihat untuk didiami dengan membantu mengurangkan pencemaran udara dan bunyi serta sebagai agen yang menyerap karbon.

Oleh itu amat penting untuk manusia menjaga dan berhenti daripada terus melakukan kerosakan kepada pokok bakau dan hutan hijau.

Kesedaran tentang kepentingan pokok ini yang cuba dipupuk oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam kalangan masyarakat.

Untuk itu, baru-baru ini seramai 34 pelajar dari universiti itu telah mengadakan gotong-royong menanam 400 anak pokok bakau di kawasan Batu 38 1/2 Pantai Rimba Terjun, Pontion, Johor.

Aktiviti itu diadakan sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang telah dianjurkan pada 2021 sehingga 2025.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan UTHM, program kesukarelawan yang dinamakan ‘Trees and Me’ itu melibatkan mahasiswa kursus Kokurikulum Bekredit Pengurusan Diri, Seksyen 3, Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum (PPUK).

“Program tersebut dijalankan di bawah seliaan pengajar kursus berkenaan, Siti Nur Hanisah Hamidon sambil dibantu oleh enam pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri (JPNJ).

Artikel Berkaitan:

peserta sedang menanam anak pokok.
peserta sedang menanam anak pokok.

“Mereka mengadakan program ini bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab dalam kalangan warga UTHM akan kepentingan menjaga kawasan litupan hijau dan hutan,” ujar kenyataan itu.

Selain itu, untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hutan penting untuk kesejahteraan hidup manusia, usaha ini juga dibuat bagi tambah baik ekosistem dan biodiversiti negara.

Program ini juga dilihat satu inisiatif UTHM untuk memupuk semangat memulihara hutan bakau dalam kalangan mahasiswa serta memberi pendedahan kepada mereka tentang kemahiran dalam mengatasi cabaran Sustainable Development Goals (SDG) yang ke 15 khususnya berkaitan hidupan darat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok