Muhammad berjaya membawa nama IKM Kota Kinabalu dan Malaysia ke Eropah. Salute!
Muhammad berjaya membawa nama IKM Kota Kinabalu dan Malaysia ke Eropah. Salute!

Alumni IKM dapat tawaran kerja di Eropah!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
19 Apr 2024 05:19pm

Alumni Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu, Sabah, Muhammad Umar berjaya membuktikan yang produk kelahiran IKM itu mampu mencipta sejarah dalam dunia pekerjaan.

Penulis katakan begitu kerana difahamkan Muhammad telah ditawarkan untuk bekerja di luar negara iaitu di Eropah.

Memetik perkongsian TVET MARA di Facebook, pada Jumaat, Muhammad yang mengikuti program Sijil Teknologi Kejuteraan Elektrik Kuasa (SEP) pada tahun 2019 kini telah bertugas di Syarikat SPM Neel Pratap, Eropah.

Selain di syarikat ini, anak kelahiran Kunak, Sabah berkenaan turut pernah menimba pengalaman di beberapa tempat di Eropah seperti Grenaa, Denmark dan Sluiskil, Belanda sebagai Elektro Teknikal.

Kami di Sinar Bestari merakamkan ucapan tahniah kepada Muhammad kerana berjaya membawa nama Malaysia ke Eropah.

Bekerjalah dengan ikhlas kerana ALLAH. Semoga yang baik-baik sahaja untuk awak.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp