Calon-calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara dalam talian pada pautan yang disediakan.
Calon-calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara dalam talian pada pautan yang disediakan.

Semakan tawaran MRSM 2024 mulai 18 Januari

ROSHLAWATY MD RAIEH
17 Jan 2024 05:14pm
A
A
A

Semakan tawaran kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Tahun 2024 boleh disemak mulai 18 Januari 2024, Khamis, jam 8 malam.

Menurut MAJLIS AMANAH RAKYAT menerusi laman Facebook pada Rabu, calon-calon boleh membuat semakan tawaran MRSM menggunakan nombor kad pengenalan secara dalam talian di pautan berikut:

1) Tingkatan Satu: https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF1

2) Tingkatan Empat: https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF4

“Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima/tolak tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh surat tawaran.

“Kegagalan membuat pengesahan adalah dianggap menolak tawaran dan keputusan tawaran muktamad,” ujarnya hantaran itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok