Muhammad Amir Haiqal lulus dengan cemerlang dalam Undang-undang di London.
Muhammad Amir Haiqal lulus dengan cemerlang dalam Undang-undang di London.

Anak Malaysia cemerlang di London

ROSHLAWATY MD RAIEH
26 Feb 2024 04:06pm
A
A
A

Mahasiswa Queen Mary University of London, United Kingdom, Muhammad Amir Haiqal Mohamad Adnan mengharumkan negara apabila berjaya menamatkan pengajian Sarjana Undang-undang dengan Cemerlang dalam Undang-undang, Januari lalu.

Menurut Pejabat MARA London & Ireland dalam hantaran di Facebook, pada Khamis, Muhammad Amir Haiqal merupakan penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di bawah Program Graduan Cemerlang (GrEP).

“Pencapaian ini sungguh bermakna bagi beliau kerana pelbagai cabaran terpaksa diharungi demi segulung pengiktirafan.

“Sebelum melanjutkan pengajian Sarjana di London, lepasan graduan Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini telah mengikuti Latihan Dalam Kamar (Pupillage) di salah sebuah firma guaman di Malaysia dan telah mendapat pentauliahan sebagai peguam dari Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur pada tahun 2022,” kata hantaran tersebut.

Sambung catatan itu lagi, Amir Haiqal kini telah kembali ke Malaysia untuk meneruskan sumbang bakti beliau kepada negara.

“Semoga kejayaan sentiasa bersama anda di masa hadapan.

“Tahniah Amir Haiqal,” ujar Pejabat MARA London & Ireland.

Sementara itu, rakyat Malaysia tidak ketinggalan merakam ucapan tahniah dan rasa bangga mereka dengan kejayaan anak muda ini.

Artikel Berkaitan:

“Tahniah Amir. Tahniah MARA London. Always terbaik! Terima kasih MARA.”

“Subhanallah hebatnya. Dari awal memang masuk sistem pendidikan MARA ke?

“Tahniah Haikal di atas kejayaan serta menaikkan nama MARA sebagai pelajar tajaan.”

“Congratulations very well-deserved! Great attitude will bring you further insya-ALLAH.”

“Alhamdulillah tahniah Amir Haiqal. Kebanggaan MARA.”

“Tahniah. Semoga terus sukses.”

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok