Dari Kanan: Mohd Muazzam, Anwar dan Mohd Foad Sakdan
Dari Kanan: Mohd Muazzam, Anwar dan Mohd Foad Sakdan

Bank Islam sumbang RM400,000 kepada UUM bantu pelajar B40

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
10 Jul 2023 11:19am
A
A
A



Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyalurkan sumbangan sebanyak RM400,000 kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed, sumbangan tersebut bertujuan membantu pembangunan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan merancakkan lagi aktiviti keusahawanan mereka.

“Sebanyak RM350,000 daripadanya digunakan bagi penjenamaan Bank Islam Malaysia Berhad di Inapan Siswa universiti ini manakala RM50,000 lagi sumbangan untuk zakat pendidikan.

“Kami berharap sumbangan ini dapat tingkatkan lagi hubungan antara bank ini dengan warga UUM dalam pelbagai cara antaranya memberikan perkhidmatan terbaik dalam urusan kewangan termasuk melibatkan diri dalam aktiviti pelajar dan universiti ini nanti,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Artikel Berkaitan:


Sumbangan tersebut disampaikan kepada Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan dan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Muazzam bersama rombongannya turut melawat Anjung Tamu dan Inapan Siswa di kampus tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok