No Image Caption

Baru tahu jalan pintas dan mudah  ke peringkat Sarjana Muda Perakaunan

11 Aug 2023 02:50pm



“Baru saya tahu dengan mengikuti pengajian The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam akan lebih memudahkan perjalanan untuk menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.” Inilah antara reaksi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Mohd Haikal Fauzi, 17, mengenai Program Halatuju Universiti semasa menghadiri K-Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi STEM (K-Semanis)’23 pada Khamis di kampus tersebut.

Ujar pelajar aliran Perakaunan itu, pandangannya sebelum ini jika ingin menyambung pengajian ke peringkat tersebut perlu melalui platform seperti matrikulasi.

No Image Caption



“Selepas mendengar slot dan membuat perbandingan, pembelajaran di ACCA nampak lebih mudah dan pantas berbanding mengikuti matrikulasi yang memerlukan saya mengambil lebih banyak subjek dan agak kritikal,” katanya kepada Sinar Bestari ketika ditemui selepas Program Halatuju Universiti sempena K-Semanis ’23.

Program tersebut adalah anjuran UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam yang bertujuan memberi pendedahan tentang jurusan di kampus berkenaan kepada kira-kira 100 pelajar sekolah menengah agar dapat membuat perancangan mengenai masa hadapan pembelajaran mereka.

Beberapa fakulti di kampus berkenaan terlibat memberi perkongsian kepada para pelajar SMK (P) Kapar dan SMK Meru.

Antara fakulti yang terlibat ialah Pendidikan, Perakaunan, Sains Kesihatan, Pengurusan Perniagaan, Perhotelan dan Seni Kreatif.

Sementara itu, seorang lagi pelajar SMK Meru, Fara Nuraliya Syafiqah berkata, perkongsian slot tersebut membuatnya tertarik dengan jurusan perhotelan.

Artikel Berkaitan:


No Image Caption



“Macam yang kita tahu sekarang, industri perlancongan semakin mendapat perhatian di negara kita memandangkan orang dari luar negara sudah mula mengenali Malaysia dan mula melawat ke sini.

“Jadi, walaupun saya seorang pelajar perakaunan, pengenalan tentang jurusan perhotelan ini sedikit sebanyak menarik minat untuk menceburkan diri ke dalam bidang tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Kampus Puncak Alam, Dr Sharifah Muzlia Syed Mustafa berkata, perkongsian tersebut memberinya kesempatan untuk menerangkan hala tuju kepada para pelajar mengenai jurusan berkenaan.

No Image Caption



“Untuk pengetahun, jurusan pendidikan hanya mempunyai pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja.

“Bagaimanapun, mulai tahun hadapan, kita telah memperkenalkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan kemasukan sekitar 60 orang pelajar.

“Jadi, bila makluman ini sampai, pelajar yang berminat boleh merancang awal-awal kerana pengajian pendidikan di UiTM hanya berada di kampus Puncak Alam sahaja,” tuturnya lanjut.

Sementara itu, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri kampus berkenaan, Profesor Madya Dr Mohd Mohd Khairrezan Rahmat mengulas, program yang diadakan dapat memberi input lebih luas kepada pelajar-pelajar yang hadir.

No Image Caption



“Selama ini, mereka hanya tahu menerusi laman sesawang tetapi hari ini kita bawakan kepada mereka pakar daripada fakulti yang terlibat dan mereka boleh mendapatkan sebarang jawapan dengan lebih jelas dan pantas,” ujar beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp