Abd Rasid (tengah) selepas merasmikan tayangan perdana Kebun Mimpi di FKPM, UiTM Shah Alam pada minggu lalu.
Abd Rasid (tengah) selepas merasmikan tayangan perdana Kebun Mimpi di FKPM, UiTM Shah Alam pada minggu lalu.

‘Kebun Mimpi’ promosi program pengajian FKPM UiTM

26 Dec 2023 11:07am
A
A
A

Sebuah filem pendek berjudul Kebun Mimpi berjaya dihasilkan oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi mempromosikan program Sarjana Muda Komunikasi Pengurusan Komunikasi dan Polisi (CMP).

Dekan FKPM, Profesor Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman berkata, filem berdurasi lima minit itu membawa penonton melalui kisah yang memaparkan unsur kasih sayang, kecekalan diri, keyakinan dan keazaman.

Menurut beliau, matlamat utama Kebun Mimpi sebagai alat komunikasi efektif menarik lebih ramai bakal mahasiswa ke program CMP.

“Filem ini menjadi produk promosi untuk meningkatkan kesedaran terhadap program CMP di bawah FKPM dan merangsang minat lulusan Diploma dalam bidang Komunikasi dan Media serta lepasan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), diploma lain, matrikulasi, asasi yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

“Filem ini menyampaikan mesej secara halus mengenai peluang yang akan diperoleh daripada program ijazah di UiTM, khususnya CMP,” katanya ketika merasmikan tayangan perdana Kebun Mimpi pada minggu lalu.

Sementara itu, Abd Rasid berkata, program CMP yang ditawarkan oleh FKPM juga sebagai respons kepada permintaan semasa terhadap tenaga profesional komunikasi.


Kebun Mimpi dibintangi Zizan Nin (kanan) dan pelakon meningkat naik, Hazzy Alzeeq.
Kebun Mimpi dibintangi Zizan Nin (kanan) dan pelakon meningkat naik, Hazzy Alzeeq.

“Graduan CMP mempunyai keupayaan untuk mengurus, memimpin dan menerajui transformasi organisasi.

Artikel Berkaitan:

“Mereka bukan sahaja memahami aspek teori komunikasi tetapi mampu mengaplikasikan pengetahuan mereka dengan baik dalam konteks praktikal.

“Setiap pelajar yang diterima dalam program ini dianggap bakal pemimpin dan dididik untuk memahami, membuat sintesis serta mengaplikasikan ilmu serta kemahiran mereka untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti,” ujar beliau.

Sehubungan itu, penerbitan filem pendek yang pertama kali seumpamanya dibuat di bawah fakulti itu adalah langkah inovatif, berani dan signifikan dalam mengukuhkan kedudukan FKPM sebagai peneraju dalam bidang pengurusan komunikasi dan polisi.

Kebun Mimpi dibintangi pelakon ternama Malaysia iaitu Zizan Nin dan juga pelakon yang sedang meningkat naik, Hazzy Alzeeq.

Filem ini mengisahkan seorang remaja, Adam yang punya impian dan berhasrat menyambung pelajaran peringkat ijazah di UiTM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok