No Image Caption

Berita baik buat warga Selangor, permohonan pinjaman pendidikan kini dibuka untuk anda!

19 Sep 2023 03:07pm



Menyambung pelajaran ke menara gading dalam keadaan kewangan yang stabil merupakan impian buat semua mahasiswa.

Justeru, terdapat banyak perbadanan sama ada kerajaan atau swasta yang menawarkan pembiayaan bagi membantu mereka agar tidak mengalami kesempitan kewangan.

Baru-baru ini, kerajaan Selangor menerusi yayasannya membuka permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN) kepada anak negeri yang sedang mengikuti pengajian sama ada di institut pengajian tinggi (IPT) awam (IPTA) dan IPT swasta (IPTS).

Beberapa syarat am telah ditetapkan kepada mereka yang ingin membuat permohonan PBUDN itu.

Antara syarat-syarat am tersebut adalah;

1) Pemohon, ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia

2) Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor

3) Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada 10 tahun di Selangor (keutamaan diberikan kepada anak Selangor).

Artikel Berkaitan:


4) Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Perubatan.

5) Sedang mengikuti pengajian di IPTA seluruh negara atau IPTS dalam Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh kerajaan secara sepenuh masa.

6) Pemohon bukan penuntut tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.

7) Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (biasiswa, pinjaman atau dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar.

8) Pendapatan isi rumah (ibu dan bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000 sebulan (gaji pokok).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://danapendidikan.selangor.gov.my/tkwbns/pembiayaan-pendidikan/pbudn bagi mendapatkan info penuh mengenai permohonan PBUDN ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp