PPRN ialah inisiatif inovatif KPT sebagai satu model kerjasama strategik antara industri dan akademia dengan sokongan perantara.
PPRN ialah inisiatif inovatif KPT sebagai satu model kerjasama strategik antara industri dan akademia dengan sokongan perantara.

PPRN 2.0 dibuka hingga 22 Januari 2024

ROSHLAWATY MD RAIEH
17 Dec 2023 11:15am
A
A
A

Pembukaan fasa permohonan bagi geran inisiatif Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 2024 telah dibuka sejak 5 Disember lalu hingga 22 Januari 2024.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, permohonan PPRN 2.0 2024 boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://www.pprn.mohe.gov.my/

“Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat PPRN Seksyen Penyelidikan dan PPRN KPT di talian 03-8870 6000 (samb.4862/5100/6875),” tulis hantaran tersebut.

PPRN ialah inisiatif inovatif KPT sebagai satu model kerjasama strategik antara industri dan akademia dengan sokongan perantara yang terdiri dari KPT dan agensi-agensi kerajaan lain untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi dan pengkomersilan berpacukan permintaan.

Ia antara inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di bawah Teras Strategik 6: Merekayasa Pertumbuhan Ekonomi Untuk Peningkatan Kemakmuran bertujuan menjana kekayaan melalui inovasi dengan memperkukuhkan kerjasama antara industri dan akademia melalui perantara.

Kumpulan sasar bagi projek yang dilaksanakan PPRN ialah industri, perusahaan pelbagai sektor ekonomi dan penyelidik tempatan (ahli akademik atau ahli bukan akademik) dari institut pendidikan tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan (RI)

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok