Wakil UPM berkongsi pelbagai info mengenai SDGs dan OSHA pada Hari Sukan Negara, baru-baru ini.
Wakil UPM berkongsi pelbagai info mengenai SDGs dan OSHA pada Hari Sukan Negara, baru-baru ini.

Bersukan, beriadah pun ada prinsip

ROSHLAWATY MD RAIEH
06 Dec 2023 04:53pm
A
A
A

Kumpulan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif menyertai Hari Sukan Negara anjuran Majlis Perbandaran Kajang dan Kementerian Belia dan Sukan sebagai cara mewar-warkan kepentingan prinsip Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) serta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

UPM yang diwakili beberapa pensyarah kanan yang terdiri daripada Dr Eliani Ezani, Dr Nur Faseeha Suhaimi dan Dr Armania Nurdin serta pegawai iaitu Siti Khatijah Ahmad Ramli, Nurul Asma Mustafa, Mohamad Zaki Mohamad Saad dan Amir Heiqal menjadikan Hari Sukan Negara sebagai platform mempromosikan program latihan berkaitan SDGs dan OSHA.

Selain pensyarah kanan dan wakil pegawai, kumpulan mahasiswa dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan turut serta dalam Hari Sukan Negara yang diadakan di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi, Selangor bagi membantu menyumbang tenaga kepada pasukan UPM.

No Image Caption

Sementara itu, Eliani yang mewakili UPM berkata, pihaknya berbangga dan merakam ucapan terima kasih kepada penganjur kerana memberi peluang menyemarakkan Hari Sukan Negara.

“Inilah peluang kami untuk berkongsi kepentingan sukan dan rekreasi dalam pembangunan mampan dan keselamatan pekerjaan melalui penerangan dan panduan kepada pengunjung.

“Malah, sesi perkongsian ilmu itu juga mampu menjana kesedaran tinggi dan memberi inspirasi kepada orang ramai dalam menyelaraskan aktiviti sukan dengan prinsip-prinsip SDG dan OSHA,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok