Muhammad Saniy akan menyambung latihan praktikal di Bank Negara Malaysia, Kuching, Sarawak, sekembalinya dari program YSEALI.
Muhammad Saniy akan menyambung latihan praktikal di Bank Negara Malaysia, Kuching, Sarawak, sekembalinya dari program YSEALI.

Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi rezeki buat Muhammad Saniy

MARIATUL QATIAH ZAKARIA
27 Jun 2023 04:20pm
A
A
A

SINTOK - Pemenang Kluster Kepimpinan Pelajar, Anugerah kepimpinan Kolej Kediaman Terbaik sempena majlis Anugerah Tokoh Siswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Muhammad Saniy Samsudin 25, ditawarkan Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi bagi sesi 2024.

Surat tawaran bertarikh 22 Jun 2023 dikeluarkan Setiausaha Bahagian, Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

No Image Caption

Pelajar Sarjana Muda Tahun Akhir, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang kini sedang mengikuti program Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Texas, Philadelphia, Washington dan New York memberitahu secara eksklusif kepada Sinar Bestari, tawaran ini sesungguhnya hadiah kepada Pengurusan UUM khususnya yang baru diumumkan sebagai universiti yang tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik Asia dengan kedudukan ke-99 dalam senarai dikeluarkan Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2023.

Muhammad Saniy yang juga Felo Akademik di University of Texas bangga kerana dalam tempoh tiga tahun sejak 2021, UUM berjaya membuat lonjakan 56 anak tangga sehingga berada dalam kelompok 100 universiti terbaik Asia berbanding tahun lalu berada di kedudukan ke-99.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Katanya, tawaran biasiswa ini akan dibincangkan sebaik sahaja pulang dari luar negara dengan pengurusan universiti dan ibu bapa sebelum keputusan dibuat juga tempat pengajian yang akan diikuti.

“Dalam tawaran yang saya terima menyatakan mana-mana universiti dalam negara tetapi saya berhasrat untuk menyambung pengajian di luar negara sekiranya berpeluang,” ujarnya yang akan menyambung Latihan praktikal di Bank Negara Malaysia, Kuching, Sarawak, sekembalinya dari program Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI).

No Image Caption

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan ketika dihubungi berkata, tawaran biasiswa oleh Menteri Pendidikan Tinggi itu menunjukkan sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi merealisasikan visi dan misi universiti selain daripada komitmen warga pelajar yang bersama-sama menjadikan universiti ini sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka dalam menjayakan Pelan Strategik UUM.

“Pihak pengurusan sentiasa memberi peluang dan sokongan kepada semua warga terutama pelajar dalam penyertaan mereka baik program diperingkat universiti, negeri, kebangsaan atau antarabangsa,” tuturnya lanjut.

Mohd Foad
Mohd Foad

Dengan kedudukan UUM dalam senarai 100 universiti terbaik di Asia dan penyertaan pelajar di luar negara seperti ini pastinya membolehkan UUM untuk bergerak jauh ke hadapan bagi meluaskan lagi jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Lonjakan besar UUM ini juga didorong oleh peningkatan dalam impak sitasi (citation impact), khususnya.

Times Higher Education (THE) Asia University Rankings dikeluarkan secara tahunan menyaksikan sebanyak 669 universiti seluruh Asia disenaraikan bagi penarafan 2023.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok