No Image Caption

BUJ4NG penerima Anugerah Khas dalam pertandingan CYDES 2023

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
18 Jul 2023 09:43am
A
A
A

Pasukan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), BUJ4NG menang bergaya apabila meraih tempat kedua dan juga menerima Anugerah Khas dalam pertandingan The Cyber Defence & Security Exhibition and Conference (CYDES) 2023 - Capture The Flags War Zone anjuran Agensi Keselamatan Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara di MITEC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terdiri daripada mahasiswa Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), BUJ4NG membawa pulang wang tunai keseluruhan sebanyak RM 11,000 (tempat kedua, RM 8000 dan Anugerah Khas, RM3000).

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada dua orang penuntut Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Rangkaian Komputer, iaitu Amirul Hakim Mohd Yusri dan Abdullah Al Baihaqi Bin Adham; penuntut Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Data Komunikasi dan Rangkaian, Muhammad Hariz Tarmizi serta Noor Raihan Abdul Rahim, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) turut menerima Anugerah Khas kerana berjaya menjawab soalan yang paling sukar dalam jangka masa terpantas.

Penolong Naib Canselor KPPIM, Profesor Dr Haryani Haron menzahirkan rasa bangga dan menyatakan kejayaan kumpulan mahasiswa tersebut adalah bukti UiTM sentiasa mendedahkan penuntutnya kepada kemahiran penting siber raya.

Sementara itu, penasihat pasukan BUJ4NG, Dr Fakariah Hani Mohd Ali pula memberitahu, pasukannya mengadakan latihan intensif bersama pensyarah dan alumni yang pakar dalam bidang keselamatan siber setiap hujung minggu serta waktu malam untuk meningkatkan kemahiran setiap ahli pasukan.

CYDES 2023 merupakan konferensi dan pameran yang memfokuskan kepada pertahanan dan keselamatan siber dan teknologi terkini.

Kali kedua penganjurannya ini, ia melibatkan pakar-pakar dunia dan teknologi termaju memerangi ancaman siber masa kini dan masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok