Sebahagian warga SAMBEST yang menghadiri Majlis Sambutan Jubli Perak, baru-baru ini.
Sebahagian warga SAMBEST yang menghadiri Majlis Sambutan Jubli Perak, baru-baru ini.

Guru SAMBEST terima anugerah khas

ROSHLAWATY MD RAIEH
05 Feb 2024 05:06pm
A
A
A

Tiga guru Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Selangor diumum penerima anugerah khas sempena Majlis Sambutan Jubli Perak, baru-baru ini.

Cikgu Nor Rohaizad Bustaman, Cikgu Nurul Aznah Selamat dan Ustaz Zaidi Masri dipilih atas khidmat bakti menjadi guru yang cemerlang di SAMBEST sehingga kini.

Manakala Tokoh Alumni Kategori Kemanusiaan dan Khidmat Sosial diberikan kepada Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau lebih dikenali Nadir Al-Nuri.

Beberapa kategori bagi anugerah Tokoh Alumni iaitu kategori Kejuruteraan dan Sains, Perubatan dan Kesihatan, Bisnes dan Keusahawanan, Kepimpinan, Sukan dan Rekreasi serta Pendidikan dan Pengajaran dianugerahkan kepada alumni yang layak.

No Image Caption

Terdahulu, Majlis Sambutan Jubli Perak yang di anjurkan alumni SAMBEST bertujuan mengumpul dana bagi melengkapkan fasiliti sekolah.

Selain itu, ia berobjektif mengumpulkan alumni, guru-guru dan warga SAMBEST untuk perkongsian idea dan pandangan demi kecemerlangan sekolah.

Antara yang memeriahkan majlis bermakna itu adalah Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abd. Halim Saljadi (selaku perasmi), pengetua, Cikgu Zainul Arifien Mohd Jaid dan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Dr Arik Sanusi Yoep Johari.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok