Dua pelajar UiTM Kampus Rembau maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terbabas sendiri di Kilometer 1 Jalan Chengkau - Panchang - Lubok Cina pada petang Ahad. - Gambar IPD Rembau
Dua pelajar UiTM Kampus Rembau maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terbabas sendiri di Kilometer 1 Jalan Chengkau - Panchang - Lubok Cina pada petang Ahad. - Gambar IPD Rembau

Dua pelajar UiTM Rembau maut motosikal dinaiki terbabas

05 Jan 2026 09:22am

Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau, Negeri Sembilan maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terbabas sendiri di Kilometer 1 Jalan Chengkau-Panchang-Lubok Cina pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Rembau, Supt Hasani Hussain berkata, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Ismawanie Husna Ismail, 19 dan Nur Ain Zulaisya Zahrain, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika masing-masing yang juga pelajar Diploma Pengurusan Maklumat serta Diploma Komunikasi dan Media dari arah UiTM Rembau menghala ke Pekan Lubok Cina dalam keadaan cuaca baik.

"Apabila tiba di jalan selekoh, motosikal Yamaha NVX yang ditunggang Ismawanie Husna dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang," katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua pelajar UiTM Kampus Rembau maut dalam kemalangan motosikal di Jalan Chengkau-Panchang-Lubok Cina
  • Kemalangan berlaku sekitar 4 petang, kedua-dua pelajar meninggal di tempat kejadian
  • Mangsa adalah pelajar Diploma Pengurusan Maklumat dan Diploma Komunikasi dan Media
  • Motosikal Yamaha NVX hilang kawalan di jalan selekoh dan melanggar besi penghadang
  • Mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp