Kontinjen FSU merakam momen juara di pentas utama bersama pingat dan piala pusingan permainan SUFA2023.
Kontinjen FSU merakam momen juara di pentas utama bersama pingat dan piala pusingan permainan SUFA2023.

Fakulti Syariah Undang-Undang juara SUFA 23

SITI NOORAISHAH ABDULLAH AMIN
09 Dec 2023 07:30am
A
A
A

Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU) dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Fakulti (SUFA) 2023 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pengarah Pusat Sukan USIM, Ekmal Buhary berkata, SUFA 2023 yang disertai seramai 200 mahasiswa itu mempertandingkan acara perbarisan, bola jaring, petanque, bola tampar, frisbee, lawn bowls dan ping pong.

Beliau berkata, daripada kesemua acara yang dipertandingkan, mahasiswa FSU telah merangkul sebanyak lapan emas.

"Ini adalah kali pertama FSU menjuarai SUFA yang mana kali terakhir mereka memenanginya adalah pada tahun 2009.

“SUFA 2023 telah membuat kejutan apabila terdapat saingan sengit antara pasukan FSU dan FBeast gabungan (Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti Kejuruteraan Alam Bina) apabila kiraan mata mereka terpaksa ditentukan dengan pungutan pingat kerana kedua-dua pasukan ini berkongsi jumlah mata yang sama," katanya baru-baru ini.

Sementara itu, Exco Sukan FSU, Abdul Rashid Azizul mengakui berasa sangat berbaloi dengan segala latihan yang dijalankan selama berminggu-minggu apabila usaha mereka membuahkan hasil yang sangat lumayan.

Is berikutan pasukan mereka dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai RM1,000 yang ditaja Extrajoss.

“Sangatlah mengejutkan dan terharu kerana pada awalnya, saya telah dikhabarkan dengan berita kemenangan FBEAST sewaktu pengiraan sulit di bilik mesyuarat pusat sukan.

“Kami juga mendapat sokongan daripada fakulti melalui sumbangan pemberian peralatan sukan, makanan, kewangan dan kebajikan atlet FSU itu sendiri,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok