Ustazah Asma (tengah) memberi gaya simbol hati kepada para peserta selepas berakhirnya program Syariah Ladies Night baru-baru ini.
Ustazah Asma (tengah) memberi gaya simbol hati kepada para peserta selepas berakhirnya program Syariah Ladies Night baru-baru ini.

Syariah Ladies Night beri ilmu dan pengalaman baru kepada mahasiswa USIM

23 Nov 2023 04:26pm

Baru-baru ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Syariah Ladies Night yang berkisar tentang peranan sebenar suami, isteri dan kepentingan ilmu sebelum mendirikan rumah tangga.

Program yang diadakan di Fakulti Syariah Undang-undang (FSU), USIM dan disertai sekumpulan mahasiswanya telah mengetengahkan pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma Harun sebagai panel utama dalam Syariah Ladies Night.

Selain Ustazah Asma, turut dipilih sebagai panel bagi program tersebut ialah pensyarah kanan FSU, Dr Izawati Wook.

Pada Syariah Ladies Night, Izawati menasihatkan setiap penuntut supaya sentiasa berdoa dan berusaha mendapatkan pasangan yang baik serta memperbaiki kekurangan diri sebelum memasuki alam rumah tangga.

"Berdoalah mulai sekarang untuk mendapatkan pasangan yang baik serta berusaha memelihara diri dari perkara yang tidak diingini kerana kita (wanita) bakal menjadi ibu dan menjadi madrasah pertama kepada anak-anak,"ujarnya.

Salah seorang peserta, Irdina Imirza berkata, perkongsian dalam program tersebut sangat berilmiah dan memberi pengalaman baru kepadanya.

"Sebelum ini saya menganggap tema yang dibawa pasti akan membosankan namun sebaliknya cara penyampaian ilmu yang sangat jelas dan mudah difahami serta menarik membuatkan Syariah Ladies Night begitu menyeronokkan," ujarnya.

Maklumat Penulis

Artikel Berkaitan:

Mahasiswa USIM, Nadhirah dari kelas ACJ 3083

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp