Kasim (empat dari kanan) melawat tapak merewang memasak bubur lambuk di UMS yang lalu.
Kasim (empat dari kanan) melawat tapak merewang memasak bubur lambuk di UMS yang lalu.

FKI'23 beri pendedahan kesenian dalam Islam kepada 39 peserta

ROSHLAWATY MD RAIEH
15 Apr 2023 03:55pm
A
A
A

Festival Kesenian Islam 2023 (FKI'23) peringkat kebangsaan anjuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dilihat amat signifikan dengan keperluan generasi masa ini.

Ini kerana festival tersebut memberi pendedahan meluas mengenai kesenian dalam Islam merangkumi pelbagai aspek seperti seni suara, pertahanan diri, sukan, tulisan dan sebagainya.

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor, FKI'23 turut membuka peluang kepada masyarakat untuk mendekatkan diri dengan Islam dan menambah ilmu seni kebudayaan Islam.

“Selain itu, ia juga merupakan platform bagi membincangkan hal-hal berkaitan isu agama yang dihadapi oleh generasi muda terutamanya dalam kalangan mahasiswa,” ujarnya ketika merasmikan FKI'23, di Dewan Serbaguna KKTF baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Raman Noordin; Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Mohd Raffie Janau dan Pengetua KKTF, Dr Khair Beddu Asis.

FKI'23 yang diadakan selama tiga hari bermula Isnin lalu, membabitkan penyertaan kira-kira 39 peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah serta penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Pengarah Program FKI'23, Nurhikmah Kasiran berkata, sebanyak enam pengisian telah diadakan sepanjang festival berlangsung.

“Antaranya, pertandingan Tilawah al-Quran, laungan azan, seni khat, pidato umum, sirah nabi dan acara merewang memasak bubur lambuk.

Artikel Berkaitan:

“Penganjur juga telah mengadakan #QuranHour secara hibrid sempena Nuzul Al-Quran baru-baru ini,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok