Majlis pertukaran Memorandum Persefahaman membabitkan KPTM Bangi dan DBS Ireland baru-baru ini.
Majlis pertukaran Memorandum Persefahaman membabitkan KPTM Bangi dan DBS Ireland baru-baru ini.

Graduan gabungan KPTM Bangi dan DBS Ireland menjadi rebutan

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
10 Jul 2023 04:55pm

Kolaborasi antara Dublin Business School (DBS Ireland) dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dalam program kelolaan kolej itu iaitu Bachelor of Arts (Honours) in Accounting and Finance (BAAF) lima tahun lalu telah melakar kejayaan apabila seramai 240 orang atau 93 peratus graduannya berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2022 sekali gus ditawarkan pekerjaan dalam bidang perakaunan sementara selebihnya bekerja dalam bidang lain.

Lantaran kejayaan tersebut, KPTM Bangi sekali lagi mengambil inisiatif bekerjasama dengan DBS Ireland sebagai kesinambungan kecemerlangan mahasiswa BAAF sepanjang pengajian.

Justeru, satu majlis pertukaran Memorandum Persefahaman diadakan membabitkan KPTM Bangi dan DBS Ireland baru-baru ini dalam memastikan program itu terus berjalan sekali gus memastikan hubungan dua hala antara kedua-dua institusi tersebut berterusan untuk melahirkan golongan akauntan bertauliah.

Majlis yang diadakan di KPTM Bangi itu melibatkan Timbalan Presiden Akademik yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Mohd Sahidi Yaakob mewakili KPTM manakala Presiden Perakaunan dan Kolej Perniagaan, Andrew Conlan-Trant mewakili DBS Ireland.

Hadir sama, Pengarah KPTM Bangi, Ku Mohd Akhir Ku Saad dan Pengarah Pengajian, Richard Bradley (DBS Ireland).

Sementara itu, pemilihan KPTM Bangi oleh DBS Ireland sangat bertepatan bagi menjalankan program BAAF di negara ini yang dimulakan pada September 2014.

Pemilihan itu sesuai dan selaras dengan status KPTM Bangi sebagai kampus utama bagi jurusan Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan KPTM.

Melalui program ini, mahasiswa berpeluang menduduki kertas peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dengan pengecualian penuh sebelum bergraduasi dan menikmati pelbagai faedah yang ditawarkan oleh ACCA.

Artikel Berkaitan:

Diharapkan kolaborasi yang cemerlang antara KPTM Bangi dan DBS Ireland akan berterusan ke tahap yang lebih tinggi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp