Kumpulan peserta dan barisan penceramah di Pemukiman Pelajar Asnaf SPM 2023, baru-baru ini.
Kumpulan peserta dan barisan penceramah di Pemukiman Pelajar Asnaf SPM 2023, baru-baru ini.

240 calon sertai Pemukiman Pelajar Asnaf SPM 2023

ROSHLAWATY MD RAIEH
26 Dec 2023 06:07pm
A
A
A

Seramai 240 pelajar dari tiga daerah di Selangor mengikuti Program Pemukiman Pelajar Asnaf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di TH Hotel Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Sabtu lalu.

Program sehari anjuran Lembaga Zakat Selangor membabitkan calon SPM dari daerah Kuala Langat, Petaling dan Klang.

Penceramah motivasi terkenal, Ahmad Badli Badaruddin berkata, program sebegini wajar diadakan untuk membantu calon mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.

“Anak-anak asnaf juga mampu mencipta kejayaan pada peperiksaan SPM jika mereka berusaha dengan gigih bagi mencapai segala impian.

“Ia kerana, kejayaan hadir dengan tindakan dan disertai emosi keterujaan,” katanya kepada Sinar Bestari.

Sebelum itu, Ahmad Badli merupakan salah seorang penceramah di Program Pemukiman Pelajar Asnaf SPM 2023 sekali gus membincangkan topik Road To Success V.A.K.S.I.N SPM.

No Image Caption

Turut terlibat dalam program itu juga beberapa individu di kenali ramai iaitu Faizikri Azmi yang menyampaikan topik Booster Semangat SPM; Ustaz Zul Azizi Zaidi; Saiful Hadi dan Khairul Anuar Azmi (selebriti suara latar profesional).

Artikel Berkaitan:

Program Pemukiman Pelajar Asnaf SPM 2023 yang dirasmikan Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Selangor, Zulfirdaus Abu Hassan berobjektif memberi pendedahan kepada calon SPM bagi memperkukuhkan persediaan minda mereka dalam mencapai kejayaan pada peperiksaan tersebut.

Selain itu, ia memberi peluang kepada peserta mengetahui teknik dan pendekatan efektif dalam menjawab soalan peperiksaan bagi semua mata pelajaran peringkat menengah atas.

Mereka juga dapat mengenali dan meletakkan sasaran melanjutkan pelajaran pasca SPM ke institut pengajian tinggi (IPT) atau institusi latihan kemahiran (ILK) menerusi penglibatan dalam program ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok