Dr Mohd Shukri (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah Akademik sempena istiadat Konvokesyen MSU ke-32 di Shah Alam.
Dr Mohd Shukri (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah Akademik sempena istiadat Konvokesyen MSU ke-32 di Shah Alam.

2,531 graduan dirai sempena istiadat konvokesyen MSU ke-32

AZLEENDA SAHALUDIN
18 Dec 2023 09:58am
A
A
A

Seramai 2,531 graduan daripada 118 program pengajian menerima skrol pengajian masing-masing pada istiadat Konvokesyen Management and Science University (MSU) ke-32 yang berlangsung di Dewan Canselor MSU, Shah Alam, pada 9 hingga 10 Disember yang lalu.

Istiadat empat sidang itu, menyaksikan 14 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) diikuti Sarjana (85), Sarjana Muda (1,495) dan Diploma (937).

Istiadat itu turut menyaksikan seramai 73 orang graduan menerima lima kategori anugerah khas didahului pelajar Bachelor in Finance, Mikail Mazleen yang berjaya memperoleh Anugerah Pingat Emas Canselor.

Mikail menerima anugerah yang disempurnakan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Aminul Karim Sultan Sallehuddin yang juga Canselor MSU dan disaksikan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid serta pengurusan kanan universiti.

Sementara itu, tiga graduan lagi menerima Anugerah Presiden iaitu Nurul Atiqah Mohamad Zamri yang mengikuti pengajian Master in Management diikuti Jihan Balqish Ruzelan (Bachelor in Patisserie Arts) serta Sakti Adzie Prawira yang merupakan graduan Bachelor in International Business.

Dua lagi graduan iaitu Queenie Monny Marcelle yang mengikuti Diploma in Pharmacy; Marcelle dan Nabeela Husna Mujib Ahmad daripada program Bachelor in Accountacy masing-masing menerima Mohd Shukri Yajid Ourstanding Award. Seramai 33 graduan turut menerima Anugerah Akademik, manakala 34 graduan lagi dinobatkan Anugerah Industri.

Istiadat konvokesyen itu turut memperlihatkan Faculty of Information Sciences and Engineering (FISE) dan Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP) masing-masing mencatatkan bilangan program terbanyak iaitu 26 program pengajian dalam konvokesyen tersebut.

FBMP menyumbang bilangan kohort graduan terbesar, seramai 774 graduan.

Artikel Berkaitan:

Turut diraikan, kohort graduan sulung bagi program Bachelor in Education (Electrical and Electronic Engineering), Bachelor in Beauty and Hair Management, Doctor of Philosophy (Applied Science) serta 347 kohort graduan antarabangsa dari 18 buah negara

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok