Gambar hiasan - Kredit foto AirAsia
Gambar hiasan - Kredit foto AirAsia

Harga istimewa tiket penerbangan untuk pelajar IPTA akan diumum

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
13 Apr 2023 11:42am
A
A
A

Kerajaan akan mengumumkan harga istimewa tiket penerbangan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, harga istimewa berkenaan membabitkan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung serta pelajar dari Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak.

Gambar hiasan - Kredit foto Gary Lopater/Unsplash
Gambar hiasan - Kredit foto Gary Lopater/Unsplash

Beliau berkata, walaupun terdapat penambahan jumlah penerbangan dan kapasiti pesawat yang lebih besar tetapi masih tidak dapat menampung permintaan yang tinggi.

“Untuk pulang sambut Hari Raya Aidilfitri, ketika ini hanya tinggal tiket kelas perniagaan dengan harga tinggi ... kita akan ada perancangan untuk pelajar (membeli tiket) dengan subsidi kerajaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok