Selain juara Innovathon Musim 2, Azizi juga dianugerahkan 'People’s Choice Award' melalui undian awam yang mencerminkan kepercayaan masyarakat umum terhadap inovasi dan daya kepimpinan beliau.
Selain juara Innovathon Musim 2, Azizi juga dianugerahkan 'People’s Choice Award' melalui undian awam yang mencerminkan kepercayaan masyarakat umum terhadap inovasi dan daya kepimpinan beliau.

Inovasi BioProtein Powder bawa tuah! 'Azizi bawa pulang RM100,000 & dana pelaburan perniagaan cecah RM1 juta'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
29 Jan 2025 10:02am

Pengarah Bahagian Tadbir Urus Korporat & Jaminan Kualiti merangkap Profesor KHAIR/Pharmacology di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Profesor Dr Azizi Ayob diumum juara Innovathon Musim 2 menerusi inovasi BioProtein Powder.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan pelaburan sokongan pembangunan perniagaan bernilai hingga RM1 juta.

Selain juara, Azizi juga dianugerahkan 'People’s Choice Award' melalui undian awam yang mencerminkan kepercayaan masyarakat umum terhadap inovasi dan daya kepimpinan beliau.

Menurut Azizi, dia terkejut dan terharu kerana inovasi yang dibangunkan bersama pasukannya, membuahkan hasil.

Katanya, kejayaan yang diraih melibatkan ramai orang dan dirinya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak secara langsung dan tidak langsung.

Azizi yang merupakan Pengasas dan Pengarah ABA Healthcare Business & Consultancy Sdn Bhd berkata, BioProtein Powder adalah inovasi yang mampu merawat luka kronik iaitu teknologi baharu untuk menukarkan bioprotein cair kepada bentuk serbuk.

Ia (teknologi) ini bukan sahaja meningkatkan kestabilan kimia dan fizikal bioprotein, tetapi juga memanjangkan tempoh simpanannya daripada enam bulan kepada 18 bulan.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Ujar Azizi, produk berkenaan telah berjaya menambat hati banyak pihak sejak pembentangan dalam episod keenam Innovathon.

"Selepas pembentangan, ramai yang menghubungi saya melalui Facebook dan e-mel. Ada yang meminta saya menjual produk ini kepada mereka dalam usaha mengubati luka kronik.

"Bagaimanapun, saya memerlukan sedikit masa kerana pihak kami perlu mematuhi prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami juga perlu menghantar data-data kajian," ujarnya dalam portal tempatan.

Mengulas mengenai kemenangan sebagai juara, Azizi memberitahu, wang dan dana sokongan itu sangat membantu dalam melengkapkan projek yang telah dimulakan sejak 20 tahun lalu.

"Ketika ini, kami masih dalam proses melengkapkan keperluan untuk mendaftar projek BioProtein Powder dengan KKM.

No Image Caption

"Dengan pemberian dana, sekurang-kurangnya ia membantu proses seterusnya iaitu dikomersilkan.

"Mudah-mudahan ia dapat dijual kepada rangkaian klinik, hospital swasta dan kerajaan," ujarnya lagi.

Sebagai info, Innovathon adalah sebuah program realiti tv berteraskan sains, teknologi dan inovasi sebagai platform untuk mengangkat kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian dan juga penambahbaikkan terhadap isu sosioekonomi semasa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp