Shahrin (tengah) bersama warga UiTM dalam program 'Jalan-Jalan Kemerdekaan 2025' sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat UiTM pada Rabu.
Shahrin (tengah) bersama warga UiTM dalam program 'Jalan-Jalan Kemerdekaan 2025' sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat UiTM pada Rabu.

'Jalan-Jalan Kemerdekaan 2025' semarak semangat patriotik warga UiTM

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
06 Aug 2025 08:30pm

Sempena Bulan Kemerdekaan ke-68, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan program 'Jalan-Jalan Kemerdekaan 2025' demi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga universiti.

Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin, aktiviti itu bukan sekadar riadah tetapi turut membawa mesej simbolik kebersamaan, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air.

"Kita 'jalan-jalan' pada hari ini bukan hanya untuk menyihatkan tubuh badan, tetapi sebagai simbolik menyemarakkan semangat juang yang diwariskan oleh barisan pejuang kemerdekaan negara," katanya ketika merasmikan program yang diadakan di UiTM pada Rabu.

No Image Caption

Program bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni itu merupakan usaha bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Akademik Kenegaraan Malaysia, Jabatan TNC ICAN, Jabatan Pembangunan, Jabatan Digital, Stratcomm, Pusat Sukan, Pusat Kesihatan, Polis Bantuan, ZAWAF, Unit Kenderaan serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam.

Menurut Shahrin, tema sambutan tahun ini membawa maksud mendalam tentang pembinaan masyarakat yang berteraskan nilai kemanusiaan, integriti dan jati diri.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Tema ini menuntut kita bertanggungjawab dengan mengangkat nilai hormat-menghormati dan integriti dalam setiap tindakan sebagai pendidik, pentadbir mahupun pelajar," ujarnya.

Sementara itu, Shahrin menyeru semua warga UiTM agar memelihara maruah, menjaga jati diri dan sentiasa menanamkan semangat cintakan tanah air sepanjang hayat, bukan hanya pada bulan Ogos sahaja.

"Negara yang kuat lahir daripada rakyat bersatu dan rakyat bersatu lahir daripada hati cintakan tanah air," ujarnya.

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp