Pengurusan Rumah Nur Iman dan Mahasiswa Uniten turut serta dalam permainan Tic Tac Toe.
Pengurusan Rumah Nur Iman dan Mahasiswa Uniten turut serta dalam permainan Tic Tac Toe.

Jelajah Jalinan Mesra buat anak-anak yatim di Pahang

05 Dec 2023 07:30am
A
A
A

Dalam usaha membentuk mahasiswa yang memiliki tanggungjawab sosial tinggi, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Business School, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang, bekerjasama dengan MyFundAction meneruskan Jelajah Jalinan Mesra (JJM).

Pengarah JJM, Adam Samsulkamar, 20 berkata, program yang berlangsung di Darul Izzah, Temerloh (JJM Siri 5) dan Rumah Nur Iman, Mentakab (JJM Siri 6), mendapat sokongan penuh dan tajaan daripada Yayasan Canselor Uniten (YCU) dan The Quack Movement.

Menurutnya, program selama dua hari itu melibatkan seramai 45 anak yatim dan asnaf berumur 9 hingga 17 tahun adalah kesinambungan daripada siri sebelumnya yang telah berjaya di Muadzam Shah (JJM Siri 1), Pekan (JJM Siri 2), dan Kuantan (JJM Siri 3 & 4), Pahang.

"Seramai 17 mahasiswa Uniten Business School turut terlibat dalam menjayakan program ini.

"Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Morning Exercise, Dream Team, Build the Castle, Hop & Skip, Tic Tac Toe, dan Assemble the Knot. Ia sebagai peluang kepada peserta untuk aktif, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan cabaran yang diberikan," katanya.

Peserta di uji dengan pelbagai soalan.
Peserta di uji dengan pelbagai soalan.

Sementara itu, The Quack Movement berkongsi ilmu dengan peserta melalui slot Quack and Craft: Mini Flower Bouquet Workshop iaitu seni membuat gubahan bunga sebagai tambahan sumber pendapatan kepada peserta.

Penasihat program, Nurul Nadiah Ahmad berkata, aktiviti itu tidak hanya mencipta impak positif dalam kalangan mahasiswa, tetapi juga memberi sumbangan signifikan kepada komuniti setempat, menjadikan Uniten peneraju dalam membangunkan modal insan yang holistik dan berdaya saing.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok