Warga kampus menanam anak pokok demi kelestarian alam di Kem PLKN Sintok.
Warga kampus menanam anak pokok demi kelestarian alam di Kem PLKN Sintok.

SCIMPA UUM anjur program mesra alam

12 Jan 2024 07:00am

Penebangan pokok secara besar-besaran mampu menyumbang perubahan iklim dan pemanasan global.

Hakikatnya, pokok berperanan menyerap karbon dioksida dari udara yang dapat mengurangkan kesan gas rumah hijau di atmosfera untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.

Prihatin terhadap alam sekitar, Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan Sustainable Forestry, baru-baru ini.

Pensyarah Kanan SCIMPA, Dr Adzira Husain berkata, dalam usaha membantu menangani kesan perubahan iklim, mahasiswa Kelab Industri Kreatif (CIA), kakitangan SCIMPA dan ahli Kelab Eksplorasi Altitud menanam anak pokok durian, pokok doa dan pokok kelapa mataq di Kem PLKN Sintok.

“Penanaman pokok adalah satu langkah bijak dan inisiatif jangka panjang dalam mempromosikan persekitaran yang lebih hijau dan mampan. Terima kasih kepada Kelab Eksplorasi Altitud yang menyumbang 20 anak pokok kepada SCIMPA,” ujarnya, aru-baru ini.

Jelasnya, objektif program itu sebagai satu usaha menjaga alam sekitar dengan melaksanakan aktiviti mesra alam secara lebih berkesan untuk mengawal perubahan iklim seterusnya mengurangkan pemanasan global.

Menurutnya, kempen penanaman 100 pokok di seluruh Kedah merupakan acara utama bersempena AEC’s Educational Adventure Tour.

Pelaksanaan program ‘Sustainable Forestry’ juga membantu mencapai KPI bagi Teras 3 - Kelestarian Kerjasama Industri dan Komuniti.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, program kolaborasi bersama Kelab Eksplorasi Altitud Malaysia dan Pejabat Daerah Kota Setar itu turut mendedahkan pelajar kepada aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti rekreasi.

Sementara itu, Noor Adilla Fadzwannie berkata, aktiviti seumpama ini memberi kesedaran dan pengetahuan tentang amalan mesra alam.

"Kami sangat bangga apabila diberi peluang sebegini kerana program ini dapat membuka mata pelajar tentang kepentingan pokok kepada kehidupan," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp