Seramai 515 peserta warga OKU dari pelbagai kategori dan golongan usia serta orang awam telah terlibat dalam aktiviti mewarna batik yang berlangsung di AEON Mall Shah Alam.
Seramai 515 peserta warga OKU dari pelbagai kategori dan golongan usia serta orang awam telah terlibat dalam aktiviti mewarna batik yang berlangsung di AEON Mall Shah Alam.

Ekspresi seni melalui batik cipta rekod Malaysia, libatkan 515 peserta OKU

23 Dec 2025 12:22pm

Program Casuarina ArtBeat: Palette of Hope x ADE681 EDU SULAM 2025 yang berlangsung dari 10 hingga 20 Disember 2025 berjaya mencipta sejarah apabila menerima anugerah Malaysia Book of Record (MBOR) bagi rekod peserta Orang Kurang Upaya (OKU) teramai dalam aktiviti mewarna batik.

Dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Casuarina sesi 2025/2026 dan pelajar Semester 5, Program Pendidikan Seni dan Seni Reka, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, program ini melibatkan kerjasama strategik bersama penganjur utama iaitu Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM (U-DeserveD), Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) dan AEON Mall Shah Alam.

Seramai 515 peserta warga OKU dari pelbagai kategori dan golongan usia serta orang awam telah terlibat dalam aktiviti mewarna batik yang berlangsung di AEON Mall Shah Alam.

No Image Caption

Program turut disertai 25 sukarelawan Kolej Casuarina dan 25 pelajar dari Fakulti Pendidikan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika itu turut hadir memeriahkan program dengan menyertai aktiviti mewarna batik bersama Pengarah U-DeserveD, Profesor Madya Ts Dr Roslinda Alias; Ketua Pegawai Eksekutif YANIS, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim dan Pengurus Mall, AEON MALL Shah Alam, Rosmawati Razali.

Manakala Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, UiTM, Sumardianshah Silah dilantik sebagai pakar rujuk batik dan penasihat program ini.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Para sukarelawan dan pelajar telah menjalani persiapan intensif selama seminggu termasuk mencanting, mewarna, mematikan warna menggunakan sodium silicate, merebus kain dengan soda ash, membasuh dan mengeringkan karya serta memasang bingkai.

Sementara itu, kemuncak program telah berlangsung pada 20 Disember lalu sempena Sambutan Hari OKU Negeri Selangor di Dewan Merbau Runduk, UiTM Kampus Selayang yang dirasmikan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari.

Hasil jualan amal daripada program ini akan disalurkan ke Tabung Cakna OKU UiTM dan Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) bagi manfaat komuniti OKU.

No Image Caption

Maklumat penulis:

Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam, Sumardianshah Silah

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

 

 

Ringkasan AI

  • Program Casuarina ArtBeat: Palette of Hope x ADE681 EDU SULAM 2025 menerima anugerah Malaysia Book of Record untuk peserta OKU teramai dalam aktiviti mewarna batik
  • Dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Casuarina UiTM Puncak Alam bersama Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM, Yayasan Insan Istimewa Selangor dan AEON Mall Shah Alam
  • Seramai 515 peserta OKU terlibat dalam aktiviti mewarna batik di AEON Mall Shah Alam
  • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hadir memeriahkan program
  • Hasil jualan amal program akan disalurkan ke Tabung Cakna OKU UiTM dan Yayasan Insan Istimewa Selangor
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan