KARiSMA bakal lahirkan pelapis muda dalam bidang sukan. Gambar kecil: Siti Asya Maszlieza.
KARiSMA bakal lahirkan pelapis muda dalam bidang sukan. Gambar kecil: Siti Asya Maszlieza.

KARiSMA berpotensi lahir atlet profesional

SITI ASYA MASZLIEZA MOHD SHARIAF DAN SITI DALEELA MOHD WAHID
19 Jan 2024 05:24pm
A
A
A

Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) adalah acara tahunan yang dianjurkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk mewujudkan budaya beriadah dan bersaing dalam kalangan mahasiswa melalui aktiviti sukan.

Selain daripada aspek persaingan, KARiSMA juga memberi peluang kepada penuntut membina hubungan kukuh antara satu sama lain antaranya berkongsi pengalaman, memahami budaya dan tradisi serta memperkukuhkan persahabatan.

Dalam masa sama, ia membantu memupuk semangat persaudaraan erat dalam kalangan mahasiswa UiTM yang merupakan aspek penting pembentukan personaliti dan perkembangan mereka.

Selain itu, acara tersebut juga memberi kesempatan kepada mahasiswa meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

Dengan penglibatan penuntut dalam pelbagai aktiviti sukan, mereka dapat memantapkan kesihatan fizikal, mengurangkan tekanan dan memperbaiki daya tahan fizikal.

Ini adalah satu langkah positif menggalakkan gaya hidup sihat di UiTM.

Sedia pelbagai acara

KARiSMA kali ke-28 dianjurkan di UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh dan berlangsung pada September 2023.

Artikel Berkaitan:

Ia merupakan acara yang sangat dinanti-nantikan oleh semua warga UiTM saban tahun.

KARiSMA mempertandingkan pelbagai aktiviti sukan seperti bola sepak, ragbi, bola keranjang, bola jaring, pétanque (berkumpulan), tenis, badminton, bola tampar (lelaki), bola baling, futsal, ping pong, hoki dan sepak takraw.

Barisan atlet yang mewakili UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka telah berjaya mencapai kejayaan dalam pelbagai acara sukan yang dianjurkan dalam KARiSMA kali ini.

Mereka memenangi dua pingat emas, tiga perak dan sembilan gangsa pada acara-acara seperti bola baling, tenis (beregu campuran), ping pong, sepak takraw dan futsal.

Kejayaan ini menunjukkan atlet dari cawangan berkenaan mempunyai bakat dan kemahiran tinggi dalam bidang sukan.

Menurut Pengarah Pusat Sukan UiTM, Dr Ahmad, kejayaan atlet UiTM Cawangan Melaka Kampus Permatang Pauh dalam KARiSMA adalah satu pencapaian membanggakan.

Beliau berharap, kejayaan ini dapat memotivasikan penuntut UiTM dari cawangan lain untuk lebih aktif pada bidang sukan dan kecergasan fizikal.

Akhir sekali, kejayaan atlet dari universiti berkenaan diharap dapat memberikan impak positif kepada UiTM Cawangan Melaka Kampus Permatang Pauh dan juga kepada UiTM secara keseluruhannya.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan imej UiTM sebagai sebuah institusi yang mempunyai bakat dan kemahiran tinggi dalam bidang tersebut.

UiTM Cawangan Melaka Kampus Permatang Pauh dan seluruh warganya patut berbangga dengan kejayaan atlet mereka dan didoakan perkara ini dapat memotivasikan mahasiswa UiTM lain untuk lebih aktif selepas ini.

Maklumat Penulis

Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka, Siti Asya Maszlieza Mohd Shariaf dan Siti Daleela Mohd Wahid

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok