Peserta program terdiri daripada atlet elit, pelapis dan bakat pasukan berbasikal negeri Kedah.
Peserta program terdiri daripada atlet elit, pelapis dan bakat pasukan berbasikal negeri Kedah.

Pemindahan ilmu UPSI bersama atlet berbasikal Kedah

13 Jan 2024 07:00am

Sekumpulan pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjayakan satu program pemindahan ilmu Sains Sukan kepada 24 orang atlet berbasikal elit, pelapis dan atlet bakat negeri Kedah.

Ketua program, Dr Norhazira Abdul Rahim berkata, di samping latihan rutin, pelaksanaan program bertempat itu sedikit sebanyak membuka minda para bakat muda tentang pengetahuan asas fisiologi tubuh dan amalan aktiviti fizikal yang efektif dalam meningkatkan status kesihatan dan tahap kecergasan seharian.

“Program pemindahan ilmu ini memfokuskan bagaimana seseorang atlet dapat meningkatkan prestasi kecergasan fizikal melalui strategi 4R iaitu rehydrate, refuel, rest dan recovery,” katanya selepas program di Kompleks Hijau Kuning, Majlis Sukan Negeri Kedah pada Ahad lalu.

Program pemindahan ilmu itu turut membabitkan penglibatan pensyarah FSSK UPSI yang lain iaitu Dr Nor Aijratul Asikin Mohamad Shala (Fisiologi Senam), Dr Nurul Fadhilah Abdullah (Pemakanan Sukan) dan Mirza Azny Mustafa (Pemakanan Sukan).

Sesi pemindahan ilmu Sains Sukan oleh Norhazira.
Sesi pemindahan ilmu Sains Sukan oleh Norhazira.

Sementara itu, Norhazira berkata, dengan program pemindahan ilmu tersebut, pihak FSSK dan pasukan berbasikal negeri Kedah optimis meneroka serta mengembangkan peluang kerjasama yang lebih luas kelak.

"Ia termasuklah kerjasama dalam konsultasi dan perkhidmatan pengujian kecergasan (fitness test) para atlet seperti VO2 max dan ujian kecergasan anaerobik di makmal Fisiologi Senam di UPSI, Tanjong Malim, Perak," kongsi beliau lagi.

Tambah Norhazira, program pemindahan ilmu seperti ini memberi impak positif serta bermanfaat kepada kedua-dua belah pihak terutama membantu para pensyarah universiti menyumbang bakti dan sumbangan kepada industri dan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp