Namun terdapat juga masalah lain yang menyebabkan bekalan minyak paket berkurang iaitu disebabkan oleh aktiviti penyeludupan minyak dan disalah guna oleh penjual (Foto: Canva). Gambar kecil: Suraya dan Dr Jaharudin
Namun terdapat juga masalah lain yang menyebabkan bekalan minyak paket berkurang iaitu disebabkan oleh aktiviti penyeludupan minyak dan disalah guna oleh penjual (Foto: Canva). Gambar kecil: Suraya dan Dr Jaharudin

Masalah minyak masak yang berlarutan: Sejauh mana aplikasi eCOSS mampu membantu?

02 Jan 2026 11:25am

Isu minyak masak di Malaysia tidak pernah selesai dari dulu hingga kini. Isu ini sangat kompleks kerana melibatkan beberapa perkara seperti kekurangan bekalan subsidi, kawalan harga dan pengagihan.

Malaysia telah menghadapi isu berkaitan minyak terutamanya isu kekurangan bekalan minyak masak paket 1 kg. Minyak masak paket ini sering kehabisan stok kerana permintaan pengguna yang tinggi disebabkan oleh harga yang rendah iaitu RM2.50 per paket.

Namun terdapat juga masalah lain yang menyebabkan bekalan minyak paket berkurang iaitu disebabkan oleh aktiviti penyeludupan minyak dan disalah guna oleh penjual.

Ada juga isu di mana peniaga membeli minyak masak paket untuk menjalankan aktiviti perniagaan sedangkan mereka sepatutnya menggunakan minyak masak botol 5 kg untuk berniaga.

Sepanjang awal tahun lalu, terdapat beberapa kes yang melibatkan penyeludupan minyak masak bersubsidi.

Antaranya adalah yang berlaku di negeri Selangor, di mana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor telah menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak masak paket.

Rampasan sebanyak RM200,000 dilakukan hasil daripada serbuan di sebuah premis.

Kira-kira 4,000 paket minyak masak diseleweng setiap hari dengan mengambil sumber bekalan di kawasan sekitar Lembah Klang.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, KPDN Terengganu juga telah mendenda sebuah syarikat di Kuala Terengganu akibat menyembunyikan 2,210 kg minyak masak. Syarikat terbabit dikenakan denda sebanyak RM15,000 dan akan dipenjara jika tidak dapat membayar denda tersebut.

Di sini kita dapat melihat bahawa minyak masak ini telah diseludup dan pihak berkuasa tidak akan melepaskan sesiapa sahaja yang melakukan perkara ini.

Terdahulu, pihak KPDN telah mengenal pasti perkara yang boleh mengurangkan masalah penyeludupan dan penyalahgunaan minyak masak paket.

Aplikasi mobile eCOSS pertama kali diperkenalkan untuk mengatasi isu minyak masak paket.

Aplikasi ini berfungsi sebagai satu sistem pemantauan digital yang dibangunkan untuk merekod dan mengurus pembelian minyak masak bersubsidi oleh pengguna dan dapat memudahkan pemantauan kouta oleh peruncit dan pihak berkuasa.

Pelaksanaannya akan digunakan oleh peruncit untuk merekod data penjualan minyak masak paket bersubsidi dan pengguna untuk mengesahkan pembelian minyak paket bersubsidi.

Kegunaan ini dijamin tidak akan membocorkan maklumat pengguna kerana semua data peribadi dikendalikan mengikut polisi keselamatan data kerajaan dan hanya digunakan untuk tujuan kawalan subsidi minyak masak paket.

Aplikasi ini pertama kali diperkenalkan dan dilaksanakan di Johor.

Awalnya penggunaan eCOSS ini diperkenalkan di peringkat Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) namun kini telah diperluaskan dengan melibatkan pasar raya sebagai Pos dalam pengagihan minyak masak bersubsidi.

Daripada 17 lokasi yang melaksanakan penggunaan eCOSS telah diperluaskan kepada 29 lokasi di seluruh negeri.

KPDN Johor memastikan ketersediaan serta capaian berterusan khusus untuk kegunaan isi rumah B40 dengan bekalan minyak masak paket bersubsidi yang dibekalkan oleh 19 syarikat pembungkus dan pemborong sah minyak masak.

KPDN Johor juga menyatakan bahawa setiap bulan negeri Johor akan menerima 3.3 juta paket minyak masak bersubsidi.

Namun ada maklum balas yang diperolehi oleh rakyat yang menyatakan bekalan itu tidak mecukupi untuk bangsa Johor walaupun sepatutnya bekalan itu sangat mencukupi untuk rakyat di negeri itu.

Hal ini dapat menujukkan bahawa minyak paket bersubsidi ini mengalami ketirisan dan mungkin berlaku penyeludupan.

Dari keberkesanan kawalan rantaian bekalan sistem eCOSS ini telah memperkukuhkan lagi mekanisme pendaftaran, bukti transaksi dan pemantauan.

Hal ini dapat mewujudkan asas yang lebih baik berbanding dengan sistem tradisional tanpa digital.

Namun ada juga kelemahan dalam penggunaan aplikasi kerana tidak semua peringkat pengguna dapat mengakses aplikasi ini disebabkan faktor seperti akses teknologi, pemahaman untuk menggunakan aplikasi ini dan mungkin tidak sesuai dengan pengguna yang bukan celik teknologi.

Selain itu, aplikasi ini belum dikuatkan di seluruh negara. Maka masalah ketirisan bekalan minyak paket ini akan terus terjadi dan masalah penyeludupan akan terus terjadi.

Dengan memperkenalkan aplikasi ini dapat menunjukkan nilai integriti yang ditunjukkan oleh agensi yang terlibat di mana pihak yang terlibat kan sentiasa memperlihatkan ketelusan dalam membuat pemantauan rantaian bekalan, dalam menjalankan pemeriksaan dan memastikan subsidi ini terus-mernerus disalurkan pada golongan yang sepatutnya.

Nilai akauntabiliti juga dapat ditunjukkan dengan tindakan pantas agensi dalam menangani masalah aduan daripada pengguna dan dapat melaksanakan penguatkuasaan bagi membendung ketirisan, penyeludupan stok dan penyalahgunaan barang bersubsidi.

Agensi yang terlibat juga profesional dan prihatin dalam memastikan kesejahteraan pengguna seimbang dengan kestabilan pasaran.

Hal ini juga dapat menunjukkan kepimpinan seorang pemimpin dalam menangani masalah yang melibatkan rakyat dan menunjukkan etika yang baik dalam membuat keputusan yang adil serta mengutamakan kepercayaan rakyat.

Pemimpin yang bertanggungjawab akan memastikan kepentingan rakyat didahulukan dan tidak mengaitkan dengan isu politik.

Pemimpin perlu sentiasa tegas dalam melaksanakan tanggungjawab dan perlu empati dengan suara yang dihasilkan oleh rakyat.

Diharapkan pada masa akan datang, nilai-nilai ini dapat diterapkan dalam diri supaya dapat diri dan dapat mempraktikkan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

Seterusnya dapat menyumbang dalam memantapkan tadbir urus negara dan dapat berkhidmat dengan telus dalam pentadbiran.

Maklumat penulis:

1) Mahasiswa Tahun Akhir Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Suraya Adam

2) Penyelaras Kursus Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Malaysia UMT, Dr Jaharudin Padli

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ringkasan AI

  • Isu minyak masak di Malaysia melibatkan kekurangan bekalan subsidi, kawalan harga dan pengagihan
  • Minyak masak paket 1 kg sering kehabisan stok kerana harga rendah dan permintaan tinggi
  • Kegiatan penyeludupan minyak masak dan penyalahgunaan oleh peniaga menyebabkan bekalan berkurang
  • Aplikasi mobile eCOSS diperkenalkan untuk mengurangkan masalah penyeludupan dan penyalahgunaan minyak masak
  • Sistem eCOSS memperkukuhkan mekanisme pendaftaran, bukti transaksi dan pemantauan bagi memastikan subsidi disalurkan pada golongan yang sepatutnya
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan