Pertimbangkan semua pilihan yang masih ada sebelum mencapai keputusan mukta
Pertimbangkan semua pilihan yang masih ada sebelum mencapai keputusan mukta

Meneroka peluang pendidikan tinggi untuk menjamin masa hadapan

04 Sep 2024 10:00am

Tidak lama lagi, ribuan pelajar yang telah menamatkan STPM, matrikulasi, asasi, STAM, ataupun diploma akan melangkah ke fasa baru dalam perjalanan akademik mereka.

Di hadapan mereka terbentang pelbagai pilihan program pengajian di universiti-universiti seluruh negara yang bakal menentukan arah tuju masa depan mereka.

Setelah menerima tawaran pengajian, satu lagi cabaran penting menanti iaitu memilih program pengajian dan universiti yang paling sesuai dengan impian serta matlamat jangka panjang.

Persediaan teliti perlu dilakukan sebelum membuat pilihan, bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah tepat dan sejajar dengan aspirasi masa depan.

Langkah-langkah bijak dalam membuat pilihan antaranya:

1) Kenali minat

Pelajar perlu memastikan pilihan jurusan adalah berdasarkan minat dan kekuatan mereka, kerana ini akan memudahkan proses pembelajaran yang mengambil masa antara 2 hingga 4 tahun.

2) Teliti pilihan jurusan

Artikel Berkaitan:

Penting bagi pelajar untuk menilai jurusan yang dipilih, termasuk pengiktirafan daripada badan profesional, tempoh pengajian, struktur pembelajaran, dan prospek kerjaya.

3) Bandingkan institusi pengajian

Pilihan universiti bukan hanya tentang reputasi akademik; pelajar juga perlu menilai kemudahan pembelajaran, sokongan yang disediakan, maklum balas alumni, serta hubungan institusi dengan industri untuk memaksimumkan pengalaman belajar.

4) Peka dengan kehendak pasaran

Mengetahui bidang yang sedang berkembang dan kemahiran dicari oleh majikan adalah penting untuk memastikan pilihan jurusan adalah relevan dengan keperluan masa depan.

5) Pertimbangkan peluang pembelajaran sepanjang hayat

Jurusan yang dipilih perlu membuka peluang untuk pembelajaran berterusan, memastikan pelajar kekal relevan dalam industri dan mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi jika diperlukan.

Untuk membuat pilihan yang tepat, pelajar digalakkan menggunakan pelbagai sumber maklumat seperti laman web universiti, forum pelajar, sesi kaunseling, dan hari terbuka universiti.

Maklumat yang diperolehi daripada platform ini akan membantu pelajar membuat keputusan bijak dan matang.

Oleh itu, adalah penting bagi pelajar untuk melakukan persiapan menyeluruh dan mempertimbangkan semua faktor yang relevan sebelum membuat keputusan akhir.

Dengan persiapan rapi, mereka dapat memastikan pilihan yang terbaik untuk masa depan akademik dan kerjaya mereka.

Maklumat penulis

Pensyarah Kanan, Uniten Business School, Universiti Tenaga Nasional, Nurul Nadiah Ahmad.

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp