'Tembelang' berjaya tarik perhatian penonton
Teater merupakan platform untuk mahasiswa mencungkil bakat dan berkarya secara kreatif serta inovatif.
Terdapat mesej dan pengajaran yang boleh diketengahkan melalui pementasan teater.
Kelab Pengurusan Seni Anomalist, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah membawakan kepada warga kampusnya persembahan teater 'Tembelang' karya Moh Azam Rezali.
Cerita itu mengisahkan Dukun Itam kembali ke pangkal jalan setelah melalui peristiwa ngeri yang menimpa dirinya.
Teater bergenre komedi seram tersebut mengangkat isu santau yang sudah menjadi norma bagi masyarakat Melayu.
Firman ALLAH SWT di dalam Al-Quran:"...padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu melainkan dengan izin Allah." - Surah Al-Baqarah 2:102
Menurut Pengarah Teater Tembelang, Eisha Batrisya Shahrul Radzlin dan Fatihah Farhana Abd Aziz, elemen seperti nasyid dan muzik telah dibawa bagi menarik minat penonton.
Malah, barisan pelakon dan krew produksi juga adalah gabungan mahasiswa pelbagai fakulti yang dibimbing Muhammad Salehuddim Moh Esa selaku Penasihat Anomalist.
Tembelang yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut berjaya mengutip sebanyak RM2,700, dengan kira-kira lebih 50 tiket habis terjual.
Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam, Amir Nur Rashid Lizam, para alumni kelab dan ibu bapa antara yang turut serta memberikan sokongan terhadap teater tersebut.
Maklumat penulis
Mahasiswa UiTM, Muhammad Ridzwan Ramli Shah Alam
Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my