TikTok dan transformasi ekonomi: Peluang dan kontroversi
Selari dengan perkembangan teknologi digital pada era ini, media sosial telah mencetuskan suatu perubahan ketara dalam kehidupan masyarakat.
Hal ini dikatakan demikian kerana media sosial menjadi medan sangat penting dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang isu-isu hangat dibahaskan antaranya masalah sosial, ekonomi, politik dan agama.
TikTok adalah platform media sosial yang merevolusikan cara kita berbagi dan menggunakan konten digital yang telah menemukan tempat signifikan dalam landskap ekonomi Malaysia.
Sebagai fenomena global, pengaruh TikTok di negara ini menciptakan gelombang peluang dan kontroversi yang tidak dapat diabaikan.
Pengaruh TikTok terhadap ekonomi Malaysia dapat divariasikan. Platform ini dapat menjadi saluran untuk mempromosikan perniagaan dan produk tempatan serta dapat menciptakan peluang pekerjaan di dalam bidang kreatif seperti ‘konten creator’ dan pemasaran secara digital.
Namun begitu, kesannya juga akan menimbulkan kontroversi bergantung kepada jenis konten yang mendominasi dan bagaimana penggunaanya dalam konteks ekonomi tempatan.
Dalam beberapa tahun akhir ini, platform media sosial iaitu TikTok telah menjadi fenomena global dan Malaysia tidak terkecuali daripada pengaruhnya.
Melalui data terkini, setakat penghujung Januari 2023, negara Malaysia mempunyai seramai 1.5 juta pengguna yang aktif di platform TikTok.
Hal ini menjadikan negara menduduki carta antara 20 negara dengan angka pengguna TikTok tinggi di dunia.
Angka tersebut merupakan angka sekitar Januari lalu dan berkemungkinan angka tersebut telah memperlihatkan perubahan besar penghujung tahun ini.
TikTok juga telah memperkenalkan TikTok Shop sebagai medan untuk pengguna mencari pendapatan.
TikTok juga telah menyasarkan untuk menjadi destinasi membeli-belah dalam talian pilihan utama pengguna di Asia Tenggara ekoran angka pengguna yang tinggi dicatatkan termasuk Malaysia.
Secara global, pengguna menggunakan purata masa sebanyak 52 minit di TikTok sahaja setiap hari dan 90 peratus daripada penggunanya mengaksesnya setiap hari.
Kajian menunjukkan menjelang 2025, 54.9 peratus pemasar akan bekerjasama dengan pengaruh TikTok untuk mempromosikan jenama dan 66.4 peratus daripada pemasar pengaruh akan menggunakan platform tersebut.
Kelebihan TikTok
TikTok telah menjadi platform yang sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia tidak mengira tingkat umur dari golongan remaja hingga golongan tua.
Hal ini dapat membuka peluang baharu bagi peniaga tempatan untuk memulakan perniagaan kerana dapat memanfaatkan kehadiran TikTok untuk mempromosikan produk mereka kepada pengguna dengan jangkauan yang lebih luas.
Seorang usahawan tempatan dan pempengaruh media sosial iaitu Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman telah berjaya menempa nama sebagai content creator dan juga telah menjadi usahawan berjaya.
Beliau dinobatkan sebagai pemenang Creator of The Year di Tiktok Award 2023. Dalam masa sama, beliau bijak mengambil peluang dengan menggunakan TikTok dengan berkongsi video resepi kreatif ke media sosial sehingga mendapat jumlah like dan share yang banyak.
Untuk mempromosikan produknya iaitu Sambal Nyet, beliau membuat video masakan berdurasi pendek menggunakan sambalnya sebagai bahan tambahan. Hal ini secara tidak langsung telah mempromosikan produknya ke media sosial bukan hanya di dalam Malaysia bahkan ke seluruh dunia kerana TikTok merupakan aplikasi merentas sempadan dunia.
Selain itu, TikTok dapat mengurangkan kos pengiklanan kerana hanya memerlukan data yang laju sahaja untuk membuat postingan ke laman sosial.
Bukan hanya membuat video, beliau juga telah berniaga secara ‘live’ di TikTok Shop yang membolehkan peniaga berinteraksi dengan penonton secara langsung lebih-lebih lagi sepanjang Kempen Happy Big Day 6.6 TikTok.
Hal ini membuatkan pendapatan yang diperolehinya bertambah ekoran strategi pengiklanan yang digunakan untuk meningkatkan jumlah pengikut dan juga hasil jualan.
Khairul Aming kini telah berjaya membuka kilang pemprosesan ‘Sambal Nyet’ ekoran permintaan yang sangat tinggi. Produk tersebut mendapat permintaan yang ramai oleh peminat-peminatnya sehinggakan dia terpaksa restock produk tersebut setiap hari secara berperingkat.
Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara melalui eksport produk tersebut ke luar negara kerana permintaan bukan sahaja di dalam negara bahkan hingga ke luar negara.
Selain itu, TikTok juga mampu mencapai populariti yang tinggi dan menciptakan ekosistem kreatif yang melibatkan ribuan ‘konten creator’ tempatan.
Hal ini bukan hanya dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk bahkan mampu merangsang pertumbuhan industry kreatif di Malaysia juga dapat membuka peluang kepada golongan penganggur untuk mendapatkan pendapatan mereka bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.
Kesan TikTok
Namun, sebalik daripada berjayanya TikTok tidak akan lepas daripada kesan sosial dan budaya.
Konten yang dihasilkan di platform ini mencerminkan pencapaian yang ditonjolkan masyarakat tetapi juga menimbulkan pertanyaan tentang moral dan nilai-nilai budaya yang terdapat dalam diri masyarakat kita yang bergelar ‘konten creator’.
Perkara ini sangat penting untuk dititikberatkan oleh pemerintah dan masyarakat untuk lebih memahami dan mengelola kesan ini dengan bijaksana.
Tambahan pula, aplikasi TikTok tidak mempunyai batas sempadan dan sesiapa sahaja bebas untuk melihat apa yang dimuatkan dalam aplikasi tersebut tanpa sebarang sekatan, yang menjadi persoalan sejauh mana aplikasi ini selamat untuk kanak-kanak memandangkan ia semakin menjadi pilihan kanak-kanak di Malaysia seawal usia empat tahun.
Oleh hal yang demikian, konten creator hendaklah memberikan contoh yang baik dengan membuat postingan yang mampu memberi manfaat kepada ‘followers’ mereka.
Ini untuk mengelakkan daripada negara kita dipandang serong oleh negara lain kerana sebuah konten tidak bermoral yang dipost ke platform TikTok imej negara kita tergadai dan tercalar.
Seiring dengan pertumbuhan TikTok yang semakin berleluasa, muncul keperluan untuk meningkatkan peraturan dan keamanan pangkalan data yang lebih ketat.
Isu privasi dan keamanan pangkalan data menjadi sorotan utama di tengah keprihatinan global terhadap pengelolaan data pengguna.
Pemerintah Malaysia menerima tentangan dalam mengembangkan kerangka peraturan yang mempromosikan inovasi ekonomi digital sambil melindungi kepentingan privasi masyarakat.
Meskipun TikTok membawa pelbagai peluang kepada masyarakat dan negara, namun penting untuk kita mencatat tentangan yang munkin akan muncul pada masa hadapan.
Kontroversi yang terkait dengan konten yang tidak sesuai, masalah keamanan data pengguna dan dampak sosial harus ditanggapi dengan bijaksana bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak melibatkan kos yang terlalu tinggi.
Oleh hal yang demikian, peranan TikTok dalam transformasi ekonomi Malaysia mencakupi lebih daripada sekadar promosi perniagaan.
Gejala perubahan yang mendalam dalam cara kita berinteraksi dengan menggunakan konten digital, mencipta peluang dan tentangan yang memerlukan pendekatan yang cermat dan teratur.
Pemerintah, ahli perniagaan dan masyarakat perlu bekerjasama untuk memandu evolusi ini menuju ke arah yang akan memberikan manfaat yang baik kepada negara.
Maklumat penulis
1) Mahasiswa Tahun Akhir, Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Wan Nur Hazirah Wan Harun
2) Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Pembangunan Sosial, UMT, Jaharudin Padli
Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my