Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UUM, Profesor Dr Shahimi.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UUM, Profesor Dr Shahimi.

Kerjasama dengan negara Islam penting dalam memperkukuhkan pengetahuan perbankan dan kewangan

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
02 Feb 2023 03:51pm

Hubungan kerjasama dengan negara Islam sangat penting dalam meneruskan serta mengembangkan agama Islam terutamanya melibatkan pengetahuan perbankan dan kewangan.

Ini kerana dua perkara berkenaan merupakan satu keperluan penting dalam kehidupan dunia moden Islam hari ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UUM, Profesor Dr Shahimi.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UUM, Profesor Dr Shahimi.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Shahimi Mohtar, kerjasama membina rangkaian dengan negara-negara Islam seluruh dunia amat penting memandangkan kedua-dua pihak dapat bertukar pendapat dan mempelajari ilmu baru antara satu sama lain.

“Kesediaan UUM mengadakan latihan kewangan Islam kepada semua negara Islam seluruh dunia sangat dialu-alukan kerana ilmu dalam bidang berkenaan amat diperlukan oleh negara-negara Islam yang lain.

“Malah langkah pengendalian kursus di peringkat antarabangsa juga sangat penting dalam memartabatkan aspek perbankan dan kewangan Islam,” katanya dalam Majlis Penutup Program Certificate in Advanced Islamic Banking and Finance Executive Program (CAIBF) kepada 21 peserta dari Uzbekistan, baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Profesor Dr Russyani Ismail pula memberitahu, latihan perbankan dan kewangan Islam anjuran Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) adalah langkah terbaik untuk melahirkan kerjasama antara UUM dan Uzbekistan.

Malah beliau turut mencadangkan kerjasama dengan Uzbekistan merangkumi bidang Penyelidikan dan inovasi dapat dijalankan pada masa depan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, satu program latihan dengan kerjasama Akademi Perbankan dan Kewangan Republik Uzbekistan telah dijalankan pada 18 hingga 28 Januari lalu.

Program berkenaan melibatkan penceramah dari industri perbankan dan kewangan Islam seperti Badjenid & Partners, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Bank Negara Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pensyarah dari Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS).

Selain itu, latihan dan kursus yang merangkumi teori dan praktikal turut diadakan dalam pelbagai topik seperti model perbankan Islam, wakaf, kewangan syariah, pengurusan halal, pelancongan halal, peraturan perbankan Islam dan takaful.

Shahimi ketika menyerahkan sijil penyertaan kepada pelajar Uzbekistan yang menyertai Certificate in Advanced Islamic Banking and Finance Executive Program (CAIBF).
Shahimi ketika menyerahkan sijil penyertaan kepada pelajar Uzbekistan yang menyertai Certificate in Advanced Islamic Banking and Finance Executive Program (CAIBF).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp